Disney Kembali Dengan Trailer Pertama Filem Mulan

Trending

Disney Kembali Dengan Trailer Pertama Filem Mulan

Walt Disney Studios baru-baru ini telah mengeluarkan trailer rasmi pertama untuk filem Mulan. Filem yang sudah lama dinantikan tayangannya sejak diumumkan pada tahun 2015 akan mula ditayangkan pada 27 Mac 2020.

Trailer yang baru dikeluarkan ini sememangnya mendapat perhatian ramai dan menjadi trending di laman sosial Twitter bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia.

Advertisement

Walaupun ada yang kecewa filem Mulan kali ini tidak akan dijadikan sebagai satu muzikal seperti biasanya dan juga tiada watak Mushu ditampilkan.

Tak ada Mushu?

via GIPHY

Dalam filem Mulan (1998), Mushu sebagai sidekick kepada Mulan yang bertindak sebagai spirit guardian ini dilakon suara oleh Eddie Murphy. Ketiadaan Mushu dalam trailer pertama filem Mulan ini sememangnya memberi kekecohan dalam kalangan peminat Mulan.

Mulan

Agak lama masa yang diambil untuk mencari pelakon yang ideal bagi watak Mulan ini. Setelah meneliti hampir 1000 calon akhirnya pelakon dari China iaitu Liu Yifei telah terpilih sebagai watak Mulan.

Sebelum ini kecoh apabila Disney bercadang mengambil pelakon bukan Asia untuk menjadi watak Mulan. Akhirnya kini mereka telah berjumpa dengan Liu Yifei yang kelihatan mirip seperti Mulan.

Liu Yifei bukanlah seorang yang asing dalam industri kerana dia pernah membintangi filem hebat seperti The Forbidden Kingdom (2008) bersama Jackie Chan dan Outcast (2014).

Bukan hanya bergelar sebagai pelakon malah dia juga merupakan seorang penyanyi. Tapi sayang sekali kita tidak dapat mendengar Liu Yifei menyanyi dalam filem ini kerana Mulan terbaru ini tidak dijadikan sebagai muzikal.

Donnie Yen sebagai Commander Tung

Siapa yang tak kenal dengan peneraju filem Ip Man ini kan? Kali ini dia kembali di dalam filem Mulan untuk watak baru yang dinamakan sebagai Commander Tung.

Commander Tung merupakan mentor dan guru kepada Mulan di dalam cerita ini. Donnie Yen juga sebelum ini terkenal dengan wataknya di dalam Rogue One: A Star Wars Story’s.

via GIPHY

Walaupun lama lagi tarikh tayangan ni, diharapkan semua peminat Mulan dapat bersabar dan tunggu 27 Mac 2020 untuk filem Mulan versi baru ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...