Walt Disney Studios baru-baru ini telah mengeluarkan trailer rasmi pertama untuk filem Mulan. Filem yang sudah lama dinantikan tayangannya sejak diumumkan pada tahun 2015 akan mula ditayangkan pada 27 Mac 2020.
Trailer yang baru dikeluarkan ini sememangnya mendapat perhatian ramai dan menjadi trending di laman sosial Twitter bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia.
Tak ada Mushu?
Dalam filem Mulan (1998), Mushu sebagai sidekick kepada Mulan yang bertindak sebagai spirit guardian ini dilakon suara oleh Eddie Murphy. Ketiadaan Mushu dalam trailer pertama filem Mulan ini sememangnya memberi kekecohan dalam kalangan peminat Mulan.
Mulan

Sebelum ini kecoh apabila Disney bercadang mengambil pelakon bukan Asia untuk menjadi watak Mulan. Akhirnya kini mereka telah berjumpa dengan Liu Yifei yang kelihatan mirip seperti Mulan.

Bukan hanya bergelar sebagai pelakon malah dia juga merupakan seorang penyanyi. Tapi sayang sekali kita tidak dapat mendengar Liu Yifei menyanyi dalam filem ini kerana Mulan terbaru ini tidak dijadikan sebagai muzikal.
Donnie Yen sebagai Commander Tung

Commander Tung merupakan mentor dan guru kepada Mulan di dalam cerita ini. Donnie Yen juga sebelum ini terkenal dengan wataknya di dalam Rogue One: A Star Wars Story’s.