Disney Dedahkan Kisah Di Sebalik Kuasa Magis Elsa Dalam Trailer Terkini Frozen 2

Trending

Disney Dedahkan Kisah Di Sebalik Kuasa Magis Elsa Dalam Trailer Terkini Frozen 2

Walt Disney Animation Studios baru sahaja mengeluarkan trailer terkini filem Frozen 2 semalam. Trailer pertama dikeluarkan pada bulan Jun lalu berjaya mencetuskan fenomena dengan jumlah tontonan sebanyak 79 juta setakat ini.

Menerusi trailer terbaru ini, nampaknya lebih jelas penceritaan apakah yang bakal disaksikan penonton kali ini. Elsa dan Anna akan kembali dengan penggembaraan mencari jawapan tentang kuasa magis Elsa.

Advertisement

Kalau dalam filem Frozen sebelum ini lebih difokuskan pada kuasa magis yang dimiliki Elsa. Untuk Frozen 2 ini, Elsa dan Anna mencari jawapan kenapa hanya Elsa dilahirkan dengan kuasa ini.

Demi menyelamatkan kerajaan Arendelle, mereka menggembara ke sebuah hutan misteri yang pernah diceritakan oleh ibu bapa mereka sewaktu kecil dahulu.

“Ia merupakan tempat penuh dengan magis tapi ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Sejak itu, tak ada sesiapa yang boleh keluar atau masuk”

frozen 2
Frozen 2 juga akan menampilkan beberapa babak ‘throwback’ King Agnarr dan Queen Iduna, ibu bapa Elsa dan Anna.

filem frozen 2
Filem Frozen 2 bakal menemui penonton pada 22 November 2019 ini. Sama-sama kita nantikan fenomena Frozen melanda sekali lagi!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...