Walt Disney Animation Studios baru sahaja mengeluarkan trailer terkini filem Frozen 2 semalam. Trailer pertama dikeluarkan pada bulan Jun lalu berjaya mencetuskan fenomena dengan jumlah tontonan sebanyak 79 juta setakat ini.
Menerusi trailer terbaru ini, nampaknya lebih jelas penceritaan apakah yang bakal disaksikan penonton kali ini. Elsa dan Anna akan kembali dengan penggembaraan mencari jawapan tentang kuasa magis Elsa.
Demi menyelamatkan kerajaan Arendelle, mereka menggembara ke sebuah hutan misteri yang pernah diceritakan oleh ibu bapa mereka sewaktu kecil dahulu.
“Ia merupakan tempat penuh dengan magis tapi ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Sejak itu, tak ada sesiapa yang boleh keluar atau masuk”

