Baru-baru ini Abang Nara ada berkongsi rahsia kemulusan dan kebersihan wajah pelakon jelita, Lisa Surihani.
Menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk membersihkan wajahnya setiap hari , ramai yang tertanya-tanya mana nak beli, berapa harga dan berkesan ke kalau baru nak guna pencuci muka pilihan Lisa Surihani ini. Ha, hari ini Abang Nara ada berita BAIK untuk anda semua!!!
Untuk anda yang inginkan kulit wajah yang sihat dan cantik, Cetaphil adalah jenama yang dipercayai pakar kulit. Ia diformulasikan untuk membersih dengan lembut sambil melembapkan kulit dan paling penting, sesuai untuk SEMUA JENIS KULIT. Untuk anda yang teringin nak mencubanya, bulan September ini Watsons sedang mengadakan jualan ahli yang menawarkan potongan harga untuk produk Cetaphil, sekaligus membolehkan anda membeli Cetaphil Gentle Skin Cleanser pada harga yang lebih berbaloi.
Bermula dari 1 September sehingga 30 September ini, anda boleh mendapatkan kesemua produk Cetaphil dengan pemotong harga sehingga 27%. Memang inilah masa terbaik untuk anda mencuba pencuci muka Cetaphil Gentle Skin Cleanser yang bebas pewangi, bebas sabun dan tidak menyebabkan iritasi ini. Cerita banyak tak guna, jom kita tengok senarai harga segala produk Cetaphil sepanjang promosi ini berlangsung. Untuk lebih penjimatan, pastikan anda mendaftar menjadi ahli Watsons terlebih dahulu.
Ha, selain daripada pencuci muka, Cetaphil juga ada produk khas untuk bayi iaitu Cetaphil Baby. Memang sesuai untuk melembapkan dan membersihkan bayi kerana ia lembut pada kulit bayi. Paling penting, Cetaphil Baby ini turut disyorkan oleh doktor kanak-kanak.
Selain itu, kalau anda rasa kulit anda mempunyai masalah ekzema, boleh cuba Cetaphil Pro Ad Derma yang terbukti berkesan dalam membersih dan melembapkan kulit yang sangat gatal dan kering. Berdasarkan review, memang ramai yang berjaya memulihkan kulit mereka selepas menggunakan produk ini. Terbukti berkesan!!!
Abang Nara pun akan pergi ke Watsons dalam masa terdekat ini untuk menambah stok pencuci muka Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Memang berbaloi-baloi sangat penjimatan yang ditawarkan ini. Kalau anda baru nak cuba, bolehlah beli yang 125ml tue. Confirm lepas tue anda tak akan tukar dah pencuci muka. Terus selamanya melekat dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser.
Jadi tunggu apa lagi? Serbulah Watsons berhampiran anda sebelum terlambat. Maklumat lanjut tentang keberkesanan dan kehebatan Cetaphil boleh baca di SINI. Selamat tampil jelita!!!