Pelakon Ika Nabella percaya, sangat penting untuk setiap orang menjauhkan diri daripada manusia toksik dan memastikan pergaulan dikelilingi individu positif serta memberi aura baik.
Menurut Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, dia mengakui sering berdepan dengan manusia toksik dan berasa hairan melihat golongan yang menganggap diri mereka terlalu sempurna berbanding orang lain.
View this post on Instagram
Baru-baru ini, Ika disindir seorang individu yang cukup sempurna ilmu agama tetapi dengan mudah melabelkan dirinya tidak layak mengerjakan ibadah umrah.
Seseorang kata yang saya tidak layak untuk kerjakan umrah. Kata-katanya terlalu melukakan hati saya sampaikan rasa sekarang juga nak tempah. Saya menyimpan impian untuk menunaikan umrah sejak saya berhijrah.
Tambah pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan itu, dia selama ini sebenarnya sedang bertarung dengan diri sendiri untuk mempelajari ilmu agama demi menjadi seorang manusia yang lebih baik.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini meminta agar golongan manusia yang bersifat toksik perlu menghentikan tabiat dan siap buruk mereka terhadap orang lain.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.