Disindir Mahu Kahwin Sebelum Selesaikan Hutang, Kim Seri Anggap Bakal Suami ‘Penyelamat’ – “Dia Beri Modal Untuk…”

Trending

Disindir Mahu Kahwin Sebelum Selesaikan Hutang, Kim Seri Anggap Bakal Suami ‘Penyelamat’ – “Dia Beri Modal Untuk…”

Pempengaruh media sosial, Kim Seri bersuara dan tampil memberi penjelasan menerusi hantaran di Instagram story selepas ada pihak yang mempersoal keputusannya untuk berkahwin sedangkan hutang keliling pinggang belum dilunaskan.

1 day ago

“Bahagianya Hidup Seorang Scammer” - Bagi ‘Hint’ Bakal Berkahwin, Individu Tuntut Kim Seri Bayar Hutang Dulu

Advertisement

Tulisnya, lelaki berkenaan yang merupakan seorang mualaf telah memberikannya modal untuk memulakan perniagaan kecil agar Kim Seri dapat mengumpulkan wang bagi membayar semula segala hutang.

Orang tanya kepada saya kahwin dengan Amin di saat saya banyak hutang? Kenapa saya tak bayar dulu hutang? Saya belum ada pendapatan untuk bayar hutang dan saya akan mulakan perniagaan kecil-kecilan dengan Amin.

Bukan sekadar menghulurkan modal tetapi jejaka bernama Amin itu juga setia di sisinya ke mana-mana untuk mengambil dan menghantar barang selain turut bersama-sama membuat pelan perniagaan mereka.

Kim Seri dan bakal suami

Hanya bermula daripada rakan bisnes, Kim Seri mendedahkan Amir kemudian bertindak melamarkan agar mereka lebih mudah untuk menguruskan perniagaan bersama-sama.

Kim juga turut berterima kasih kepada Ilahi kerana menghantar Amin pada waktu yang tepat bukan hanya untuk melengkapi hidupnya tetapi juga membantu.

Saya pernah cakap dekat Amin tak manis kita selalu berdua ke sana ke sini walaupun selalu bincang di cafe. Jadi Amin cakap ‘jomlah kahwin’ senang nak uruskan segala hal dan saya pun cakap setuju. Saya cakap tiada duit nak kahwin, dia cakap tak apa. Buat majlis seadanya, ringkas dan mana yang perlu sahaja.

Kim Seri kongsi kisah tentang bakal suami

Kim Seri kongsi kisah tentang bakal suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...