Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaime tampil memberi respon terhadap segelintir netizen yang menyindirnya dengan panggilan ‘bibik’ hanya kerana memasak untuk suami walaupun sudah bergelar isteri kepada seorang jutawan.
Menerusi perkongsian terbaharu di TikTok, Atikah, 34, dilihat memuat naik video dirinya sedang menyediakan hidangan untuk suaminya, Datuk Lokman Teh. Walaupun video itu sekadar perkongsian resipi, namun ia tetap menarik perhatian segelintir netizen yang meninggalkan komen berbaur sindiran.
Antara komen yang mencuri perhatian berbunyi:
Kahwin dengan orang kaya tapi kena masak pula macam bibik.
Tidak berdiam diri, pelakon drama Si Kolot Suamiku itu membalas dengan sindiran sinis namun berhemah:
Oh, habistu cef di restoran awak panggil bibik juga ke?
Tindak balas Atikah itu mendapat sokongan ramai netizen yang mengecam komen berkenaan dan menyifatkan ia sebagai tidak wajar. Rata-rata memuji sikap Atikah yang tetap merendah diri dan rajin mengurus rumah tangga meskipun hidup mewah bersama suaminya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.