Disindir Hilang Pekerjaan, Shuk ‘Diserang’ Individu Tidak Dikenali Ketika Berniaga Air

Hiburan

Disindir Hilang Pekerjaan, Shuk ‘Diserang’ Individu Tidak Dikenali Ketika Berniaga Air

Selepas kontroversi curang yang terpalit pada Shuk Sahar pada bulan lalu, lelaki itu nampaknya lebih senang jauh daripada perhatian ramai.

Terbaru, dia dikatakan telah diganggu individu tidak dikenali semasa sedang berniaga air di tepi jalan kawasan Wangsa Maju. Bahkan Shuk turut disindir terpaksa meniaga selepas kehilangan pekerjaan kerana kontroversi yang terpalit sebelum ini.

Advertisement

Semasa sedang berniaga bersama pembantu peribadinya, Iskandar Nurzaman, mereka tiba-tiba didatangi seorang lelaki berbaju hitam yang menaiki kereta Myvi berwarna putih.

“Dia memberhentikan kenderaanya di depan gerai, tetapi dari awal lagi saya sudah rasa pelik, dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod video. Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba disindir oleh lelaki itu.”

shuk diserang

Semasa Iskandar cuba mempertahankan Shuk, Lelaki itu kemudiannya mula bertindak di luar kawalan.

“Berang dengan tindakannya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak agresif dan cuba memukulnya. Saya cuba halang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya menolak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja.”

Pun begitu, Shuk mengatakan bahawa dia tidak marah dengan insiden tersebut namun berasa hairan dan tertanya-tanya apakah punca sebenar disebalik tindakan individu tersebut.

“Saya sempat tengok nombor plat keretanya tetapi tak akanlah saya nak sebarkan pula. Buat masa sekarang, saya tengok dulu macam mana, kalau perlu buat laporan polis, mungkin saya akan pergi ke balai.”

Mesti Shuk bingung habis selepas kejadian itu kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...