Diserbu Penguatkuasa MBPP, Peniaga Ini Nekat Larikan Lori MBPP Ke Balai Polis Pulau Tikus

Trending

Diserbu Penguatkuasa MBPP, Peniaga Ini Nekat Larikan Lori MBPP Ke Balai Polis Pulau Tikus

Peniaga gerai makanan di Pulau Pinang nekat larikan lori penguatkuasa MBPP ketika penguat kuasa cuba merampas peralatan di kedai makannya di Jalan Bagan Jermal ke Balai Polis Pulau Tikus kerana diserbu penguatkuasa MBPP tanpa notis.

Advertisement

Kejadian yang berlaku pada pukul 8:50 malam ini disebabkan pihak MBPP ingin merampas kerusi dan meja di kedainya tanpa notis.

Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain (27) berkata, dia tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan penguat kuasa MBPP kerana bukan sekali, tetapi tiga kali tindakan sama cuba dilakukan.

Menurutnya, dia pernah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen tetapi gagal sebaliknya diberi pelbagai alasan.

“Saya cuba elak berlaku isu berpanjangan atau pergaduhan dan ingin menyelesaikan masalah dengan baik dan membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus atas kejadian yang berlaku,” katanya

Sumber: PenangKini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...