Diserang Strok Di UK, Anak Perlukan Dana RM367,000 Untuk Bawa Bapa Pulang Ke Malaysia

Trending

Diserang Strok Di UK, Anak Perlukan Dana RM367,000 Untuk Bawa Bapa Pulang Ke Malaysia

Hajat seorang ayah, Sahrom Ahmad untuk melihat momen kejayaan anaknya menerima Ijazah Sarjana di majlis graduasi di United Kingdom tidak kesampaian apabila dia tiba-tiba diserang strok sebaik sahaja tiba di negara itu.

Advertisement

Lebih menyedihkan, Sahrom mengalami pendarahan otak dan terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Charing Cross, London demi menyelamatkan nyawanya.

Sudah boleh menggerakkan sedikit tangan selepas dua minggu dibedah dan keadaannya semakin stabil, pihak hospital akhirnya membenarkan ahli keluarga untuk membawa Sahrom pulang ke tanah air.

Namun, menurut anaknya, Nur Amalina, proses untuk membawa bapanya pulang bukanlah mudah kerana memerlukan bantuan perubatan serta logistik yang sempurna agar Sahrom dapat kembali ke Malaysia dalam keadaan selamat.

Membuatkan keadaan lebih rumit adalah ia turut melibatkan polisi dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat insuran.  Sahrom membeli pelan insurans perjalanan VIP membolehkan dia menebus bayaran balik insurans perubatan sehingga RM300,000 dan repatriation (bawa balik) pada nilai sepadan.

Sehubungan dengan itu, Nur Amalina dan ahli keluarganya ingin memohon bantuan daripada mana-mana pihak ataupun individu yang sudi membantu mereka untuk mengumpul dana bagi mempermudahkan urusan membawa bapanya pulang.


Bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan boleh ke platform GoFundMe  https://www.gofundme.comhttps://www.gofundme.com/bring-sahrom-ahmad-home/bring-sahrom-ahmad-home ataupun menghubungi Nur Amalina di talian +447907940566.

Kredit Video : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...