‘Diserang’ Serangga Hingga Bengkak Ketika Menonton Wayang

Trending

‘Diserang’ Serangga Hingga Bengkak Ketika Menonton Wayang

Seorang wanita telah memuat naik satu status di facebook miliknya, Pei En, mengenai isu yang dia dan teman lelakinya hadapi ketika menonton wayang.

Status itu ditujukan kepada GSC Cinemas, salah satu panggung wayang yang popular di Malaysia. Mereka telah ‘diserang’ oleh serangga sehingga menyebabkan gatal dan bengkak di anggota badan terutamanya tangan.

Advertisement

Saya dan teman lelaki saya pergi GSC Mid Valley untuk menonton wayang pada jam 22.05 malam di Dewan 2 A07 & 08 kerusi. Masa filem tu tengah ditayangkan,  teman lelaki saya berasa sangat tidak selesa dan gatal-gatal seluruh badan.

Pada mulanya kami tidak benar-benar ambil kisah kerana kami fikir mungkin hanya kerana kesan gigitan nyamuk sampailah saya rasa sangat gatal dan mula menggaru tangan saya juga.

Jadi, teman lelaki saya menyalakan lampu suluh di telefonnya dan melihat sebahagian tangan saya sudah menjadi bengkak. Dia cuba mencari punca yang menyebabkan kegatalan itu. Dia menyelak kain di kerusi yang kami duduk dan terdapat beberapa tungau atau serangga kecil. Dia tidak berjaya menangkap gambar kerana serangga itu bergerak terlalu laju dan saiznya sangat kecil.

Selepas itu, kami terus keluar dari panggung wayang itu dengan serta-merta dan mencari mana-mana pekerja yang boleh membantu kami. Tapi malangnya mereka tak dapat membantu kami dengan banyak dan hanya memberitahu yang kami boleh membuat laporan untuk mendapatkan ganti rugi.

Kami tak dapat menonton wayang tersebut sehingga habis dan terus membuat laporan seperti yang disuruh untuk mendapatkan ganti rugi tiket wayang yang telah kami beli sebelum ini. Pekerja-pekerja itu pon memberitahu yang perkara ini telah berlaku beberapa kali dalam beberapa bulan lalu.

Perkara ini sangat menjijikan dan kami kecewa dengan kejadian ini. Diharap pihak GSC dapat menyelesaikan masalah dan isu ini sebelum berlaku kepada pelanggan lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...