‘Diserang’ Selepas Pertahan Janna Nick, Lia Natalia Mohon Maaf Kepada Peminat K-pop

Hiburan

‘Diserang’ Selepas Pertahan Janna Nick, Lia Natalia Mohon Maaf Kepada Peminat K-pop

Tindakan pelakon Lia Natalia meninggalkan komen mempertahankan Janna Nick mengundang padah apabila dia turut menjadi mangsa kecaman peminat fanatik K-pop. Difahamkan, Lia Natalia sebelum ini menasihatkan peminat fanatik supaya tidak terlalu taksub sehingga menyebabkan Janna terpaksa bersumpah dengan al-Quran.

Jelasnya, komen tersebut adalah kata-kata semangat buat Janna Nick yang menerima kritikan bertalu-talu. Terbaru, pelakon ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram seandainya telah menyinggung mana-mana pihak.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? (@lia_natalia)

We all make mistakes,
Have struggles,
And even regret things in our past.
Just, don’t repeat the same mistake!

To kpop fans, wish I’d thought of your feelings as fans, as well. From the bottom of my heart, I’m sorry if my comment offended you. Anwyay korang awesome giler! Lia hope ada fans best macam korang jugak yang support my career. Saranghaeyo.

Menurut Lia, semua orang ada melakukan kesilapan dan masing-masing mempunyai liku-liku dalam kehidupan. Tidak salah seandainya kita menyesali perbuatan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Kepada peminat K-pop, Lia dengan rendah hati memohon maaf. Dia turut memuji semangat dan kesetiaan yang ditunjukkan peminat Korean pop. Sebagai seorang selebriti, dia berharap mempunyai kelompok peminat seperti itu yang sentiasa menyokong perjalanan seninya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Lia Natalia

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...