Diserang Pengguna Biadap, Raja Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter

Trending

Diserang Pengguna Biadap, Raja Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter

Kehadiran Raja Permaisuri Agong,Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di Twitter menggunakan handle @cheminahsayang menceriakan hari ramai orang. Sering berkongsi rutin seharian, dia juga berkongsi gambar masakan dan berjenaka menyebabkan ramai mengikuti akaunnya kerana sifatnya yang positif.

Antara perkongsian Baginda di Twitter:

Advertisement



Dalam masa yang singkat, Raja Permaisuri Agong telah menarik 234,000 pengikut. Namun begitu, rupanya ada kalangan pengguna Twitter bersifat tidak matang tidak senang dengan perkongsian Baginda di Twitter. Semuanya bermula apabila seorang pengguna Twitter @frdsasrf menyatakan dia memulakan harinya dengan menyekat akaun Raja Permaisuri Agong.

Ini diikuti oleh pengguna-pengguna lain yang turut menyatakan ketidakpuasan hati mereka mengenai perkongsian Raja Permaisuri Agong di Twitter.



Sehubungan itu, ‘pengkritik’ ini dikecam habis-habisan oleh ramai pengguna Twitter yang lain.

“Miskin harta dan jiwa.”

“Muda-muda dah mental.”

Sangat ramai menyatakan kekesalan mereka terhadap apa yang berlaku dan meminta Raja Permaisuri Agong kembali ke Twitter.

“Tunku Azizah ialah penyeri.”

Ramai juga mengharapkan terdapat tindakan diambil terhadap mereka yang bersikap biadap terhadap Raja Permaisuri Agong di Twitter.

Bersama kita doakan akan terbuka hati Raja Permaisuri Agong untuk kembali berkongsi tentang kehidupannya di Twitter. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...