Mengelak bertemu keluarganya berikutan mengalami demam lebih dua minggu, pelakon Fadlan Hazim akui terpaksa menyambut Aidilifitri seorang diri namun tetap bersyukur ia bukanlah simptom disebabkan jangkitan COVID-19.
Menurut Fadlan, beliau panik apabila dijangkiti demam tersebut pada waktu pandemi COVID-19. Tambahnya, beliau sering menggunakan pelitup muka dan mengelak memegang sesuatu benda di tempat awam. Namun, bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Selepas membuat ujian darah, saya disahkan demam denggi. Lega juga diberitahu, tetapi demam denggi pun bahaya juga.”
Ujarnya lagi, pihak hospital bertindak mengambil darahnya ujian itu menempuh fasa dua hari untuk mengetahui keputusannya. Namun, ia adalah penantian yang paling lama dalam hidupnya kerana risau akan kondusi kesihatan di kala pandemik ini semakin berleluasa.
Mesipun bebas daripada jangkitan COVID-19, Fadlan juga difahamkan tetap bimbang kerana kebarangkalian dirinya dijangkiti virus tesebut adalah tinggi kerana sistem imunisasinya kini di tahap yang lemah.
“Saya langsung tidak keluar rumah ketika demam, malah menyambut Aidilfitri berseorangan. Saya menghubungi keluarga menerusi aplikasi FaceTime sahaja.
Walau bagaimanapun, Fadlan berkata, beliau kini bertambah sihat dan sudah kembali memulakan penggambaran drama Dia Bukan Bidadari.
Katanya, syarikat produksi juga turut mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak tersebut ketika menjalani kerja di lokasi penggambaran.
Malah, menurut Fadlan, beliau akui mengambil langkah berjaga-jaga dan bertindak mengasingkan diri daripada orang ramai kerana sistem umunisasinya yang lemah dan mudah dijangkiti.
Sumber: BH Online