Disemak & Disahkan Institut Fatwa Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam (USIM), SAFI Skrub Mandian Sertu Diyakini Kegunaannya

Branded

Disemak & Disahkan Institut Fatwa Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam (USIM),  SAFI Skrub Mandian Sertu Diyakini Kegunaannya

Antara perkara yang membimbangkan apabila kita keluar bersendirian adalah bila bertembung dengan anjing jalanan. Bukan apa, kalau boleh mesti kita nak mengelak daripada tersentuh anjing ataupun dikejar betul tak?

Ia tak menjadi isu besar pun untuk rata-rata orang Islam, cumanya apa yang paling dikhuatiri adalah untuk mencari tanah liat bersih sebagai sebahagian daripada proses sertu untuk penyucian.

Kini anda tak perlu khuatir lagi, sebab kami nak share satu produk sertu yang dijamin selamat untuk digunakan iaitu SAFI Skrub Mandian Sertu Antibakteria! Apa yang menarik tentang produk ni?

Produk Sertu Yang Diiktiraf & Disahkan Selamat Untuk Kegunaan Sertu

Memahami kebimbangan umat Islam ketika proses sertu terutama pada kegunaan produk mandian, Safi membuat satu produk terbaru bagi memudahkan masyarakat mengendalikan masalah apabila terkena najis berat ini.

Namun, pasti ramai lagi antara kita yang masih mempunyai keraguan terhadap penggunaan produk dalam proses sertu. Jom tengok penjelasan daripada Dr. Irwan Mohd Sabri, Pengarah Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Kalau anda nak tahu, produk SAFI Skrub Mandian Sertu Antibakteria ini telah mendapat pensijilan halal daripada JAKIM.

Lebih meyakinkan lagi, kaedah sertu ini juga telah disemak oleh Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Haa, nampaklah yang pihak Safi ni memang pandang serius tentang isu keselamatan penggunanya.

Antara bahan yang digunakan dalam penghasilan produk sertu ini adalah ia dirumus dengan 100% sumber tanah liat asli yang berkualiti tinggi.

Selain itu, ia juga diperkaya dengan Habbatus Sauda serta Ekstrak Bidara, ia juga berkesan untuk membasmi kuman tau. Wah, bagusnya!

Jadi, kami sarankan korang untuk dapatkan produk ni dan simpan di rumah sebagai langkah berjaga-jaga sebab produk ini sangat mudah untuk digunakan tau. Mudah saja,hanya perlu ikut langkah dibawah: 

1. Pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada zat najis,
2. Basuhan pertama adalah dengan sedikit campuran Safi Mandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan sebatikan hingga air menjadi keruh,
3. Selepas itu, diikuti basuhan anggota badan dengan air mutlak sebanyak 6 kali.

Mudah saja kan? Tunggu apa lagi, cepat dapatkan sekarang!

Kini Proses Sertu Lebih Mudah Dengan SAFI Skrub Mandian Sertu

Lepas ni anda dah tak perlu risau lagi kalau berhadapan dengan najis mughallazah. Pastikan anda ada Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria untuk menyucikan diri dan pakaian.

Anda boleh dapatkan produk ini pada harga RM15.90 di kedai berdekatan dengan rumah atau anda juga boleh klik DI SINI. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Safi atau ikuti media sosial Facebook dan Instagram



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...