Netizen mendoakan agar Uzair Azman, 17, satu-satunya mangsa yang terselamat selepas rumah keluarganya dihempap tanah runtuh.
Dalam video yang tular dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim, Uzair dilihat tidak bermaya dan lemah semangat ketika hadir ke solat jenazah dua adik perempuannya yang maut dalam kejadian itu.
Jenazah mangsa, Puteri Sajidah Azman,16, dan Siti Fatimah Azman, 13, yang maut akibat dihempap batuan disolatkan oleh orang ramai di Kampung Bukit Apit, Ajil semalam.
Melihat keadaan Uzair yang turut tercedera dalam insiden jam 4.59 petang itu, jelas kelihatan remaja tersebut diselubungi kesedihan dan masih trauma.
Begitu juga ibu mereka, Ruziah Fuad, 46, yang sebak dan masih trauma kehilangan dua anak dalam kejadian tersebut.
Uzair sudah tidak dapat melupakan jeritan dua adik perempuannya yang meminta tolong yang terperangkap dan dihempap batuan. Malah, juga sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka bagaimanapun Uzair tiba-tiba pengsan sebelum diselamatkan.
Jenazah Puteri Sajidah dan Nur Fatimah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panggung, Ajil. Suasana pilu menyelubungi pengebumian yang dihadiri lebih 200 ahli keluarga dan kenalan mangsa.
Selain Uzair dan ibunya, seorang lagi abang, Abdul Raziq Azman, 18, yang terselamat dalam kejadian itu dilihat hiba dan sedih dengan kehilangan dua adik perempuan yang sangat rapat dengannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.