Diseksa Selama 120 Minit, Remaja Lelaki Maut Kerana Tuntut Upah RM13

Dunia

Diseksa Selama 120 Minit, Remaja Lelaki Maut Kerana Tuntut Upah RM13

Malang menimpa seorang remaja yatim piatu berusia 14 tahun apabila dia maut selepas diseksa oleh majikannya selama dua jam di Mesir. Kejadian itu berlaku selepas mangsa menuntut upah harian sebanyak 50 pound Mesir (RM13).

Menurut laporan media tempatan, remaja itu bekerja di rumah peyembelihan ayam selama tujuh bulan sebelum kejadian. Saleh Tamer diseksa selama 120 minit di rumah sembelih yang terletak di kampung Mit Suhail di wilayah Sharqia.

Advertisement

Siasatan polis menunjukkan mangsa diseksa ketika dia meminta upah daripada pemiliknya dan mengatakan dia tidak dapat lagi terus bekerja di situ kerana seseorang mengganggunya dan mendesak supaya bekerja tanpa rehat.

Remaja lelaki maut

Disebabkan alasan yang diberi mangsa, pemilik mula memukul dan menyeksa mangsa menggunakan api.

Susulan itu, mangsa dikejarkan ke klinik dan doktor memberitahu mangsa koma dan segera dibawa ke hospital. Sebaik tiba di Hospital Pusat Al Saadin di Minya Qamh, mangsa disahkan meninggal dunia.

Advertisement

Laporan forensik menunjukkan remaja itu mengalami luka terbakar dan lebam pada bahagian badan.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...