Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Disebut-Sebut Selepas Sertai AJL35, Amir Masdi Seronok Nama ‘Trending’ Di Media Sosial

Juara program Akademi Fantasia 2016, Amir Masdi mengakui berasa teruja kerana namanya semakin dikenali ramai setelah menyertai Anugerah Juara Lagu ke-35 meskipun tidak membawa pulang sebarang trofi kemenangan.

Amir MasdiSumber : Instagram Amir Masdi  

Ujar Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi,24, persembahannya pada malam itu turut mendapat perhatian penonton sehingga namanya menjadi ‘trending’ sebaik sahaja acara tersebut melabuhkan tirainya pada malam Ahad yang lalu.

Advertisement

Meskipun dianggap ‘underrated’ oleh sesetengah peminat muzik, tidak diakui suaranya yang lunak telah berjaya meninggalkan kesan di hati penonton.

View this post on Instagram

A post shared by AM (@amir.masdi)

“Sebenarnya saya gemuruh juga nak buat persembahan di pentas AJL35, nampak sahaja saya macam relax kan..Alhamdullilah, bila AJL dah habis bersiaran saya dapat banyak komen-komen positif di media sosial.”

Jelas Amir lagi, pengikut media sosialnya juga semakin bertambah dari hari ke hari, menandakan penyertaannya sebagai finalis AJL telah memberikan pendedahan yang meluas buatnya sebagai pengkarya muzik.

View this post on Instagram

A post shared by AM (@amir.masdi)

Pada malam anugerah berprestij itu, Amir telah mendedangkan lagu berjudul Kau Sakiti yang merupakan hasil ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Mage dan Ezra Kong.

Tambahnya, dia kini tidak mahu lagi membawa imej ‘budak sekolah’ tetapi lebih selesa membawa perwatakan penyanyi rock.

“Saya tahu ramai dari dulu ingat imej saya macam budak sekolah disebabkan wajah saya (baby face). Dulu pun memang saya tercari-cari arah genre muzik yang nak dibawa ke industri. Jadi mulai sekarang saya nak dikenali dengan imej sebagai penyanyi rock.”

Perkembangan terkini, Amir kini dalam proses sedang mengumpulkan material untuk single terbarunya yang akan dilancarkan tidak lama sahaja lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    March 19, 2021 at 5:58 pm

    Kesian Amir Masdi. Persembahan sangat power, tapi apa yang trending, suara terkucil. Seolah2 kuasa media dipegang hanya untuk orang yang membuat kualiti persembahan yang buruk.

  2. Rakyat Biasa

    March 19, 2021 at 10:53 am

    suara bagus … kamu perlukan 1 killer song utk lbh menyerlah

  3. Tayar Basikal

    March 19, 2021 at 9:58 am

    Amirrrr.. love you

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top