Juara program Akademi Fantasia 2016, Amir Masdi mengakui berasa teruja kerana namanya semakin dikenali ramai setelah menyertai Anugerah Juara Lagu ke-35 meskipun tidak membawa pulang sebarang trofi kemenangan.
Ujar Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi,24, persembahannya pada malam itu turut mendapat perhatian penonton sehingga namanya menjadi ‘trending’ sebaik sahaja acara tersebut melabuhkan tirainya pada malam Ahad yang lalu.
Meskipun dianggap ‘underrated’ oleh sesetengah peminat muzik, tidak diakui suaranya yang lunak telah berjaya meninggalkan kesan di hati penonton.
View this post on Instagram
“Sebenarnya saya gemuruh juga nak buat persembahan di pentas AJL35, nampak sahaja saya macam relax kan..Alhamdullilah, bila AJL dah habis bersiaran saya dapat banyak komen-komen positif di media sosial.”
Jelas Amir lagi, pengikut media sosialnya juga semakin bertambah dari hari ke hari, menandakan penyertaannya sebagai finalis AJL telah memberikan pendedahan yang meluas buatnya sebagai pengkarya muzik.
View this post on Instagram
Pada malam anugerah berprestij itu, Amir telah mendedangkan lagu berjudul Kau Sakiti yang merupakan hasil ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Mage dan Ezra Kong.
Tambahnya, dia kini tidak mahu lagi membawa imej ‘budak sekolah’ tetapi lebih selesa membawa perwatakan penyanyi rock.
“Saya tahu ramai dari dulu ingat imej saya macam budak sekolah disebabkan wajah saya (baby face). Dulu pun memang saya tercari-cari arah genre muzik yang nak dibawa ke industri. Jadi mulai sekarang saya nak dikenali dengan imej sebagai penyanyi rock.”
Perkembangan terkini, Amir kini dalam proses sedang mengumpulkan material untuk single terbarunya yang akan dilancarkan tidak lama sahaja lagi.