Disebalik Seorang Wanita Keguguran & Beranak Czer, Ini Hikmah Yang Perlu Kita Tahu.

Trending

Disebalik Seorang Wanita Keguguran & Beranak Czer, Ini Hikmah Yang Perlu Kita Tahu.

Ada wanita yang tidak dapat merasa ‘nikmat’ beranak, kerana mandul. ada yang ujiannya selalu datang bertimpa kerana kandungan selalu gugur, ada yang terpaksa menahan kesakitan teramat sangat selama beberapa minggu kerana czer.

Advertisement

Namun ketahuilah semua ini ada hikmah yang terbaik tuhan telah tetapkan. Jom kita baca nasihat ini.

Tak pernah beranak.. “Mandul!”

Gugur kali ke 3 .. “Rahim lembik!”

Czer kali ke 3 .. “Rahim cacat!”

Anak sorang ..”Tak subur!”

Beranak anak ke 5.. “Gelojoh!”

Jadi perempuan,

Semua berlaku pada kita dipertikaikan. Lebih2 lagi bab anak2. Everyone is having their own struggles in life. Jangan ditambah dengan kata2 kurang simpati.

Wanita yang tiada anak. Jangan ditangisi.
Kamu bukan mandul, Kamu istimewa.

Kerana Allah mahukan masa kamu untuk Dia sepenuhnya.

Wanita yang keguguran, Jangan ditangisi. Tidak semua anak2 di muka bumi ini yang lahir Islam dapat mati dalam iman. Tetapi Allah dah jaga keIslaman anak2 kalian. Sebagai pasakan pasti seorang anak syurga milik kami di sana kelak.

Wanita yang bersalin czer
Jangan ditangisi.

Jika zaman dahulu dengan komplikasi yang kita hadapi kemungkinan anak2 kita sudah meninggal dalam perut.
Tetapi dengan kurniaan teknologi, anak2 kita selamat.

Kitalah wira yang sanggup dilapah demi menyelamatkan anak2.

Bukan sekadar melahirkan. Wanita yang tak ramai anak. Jangan disesalkan.
Anak yang satu sudah mencukupi dari mana2 berlian di dunia.

Yang satu mampu mencukupi jika dijaga kualiti didikan Islamnya
Lihatlah pada Rasulullah s.a.w, si anak tunggal.

Kepada ibu beranak ramai
Jangan dikeluhkan.

Zuriat yang ramai itulah bekal kita di alam barzakh kelak.

“Doa anak yang soleh”
Susah anda hanya di dunia.

Mewah anda di sana.
Kepada semua wanita di luar sana.

Stand up, Stand out
Be proud of who you are.

Ada anak atau tidak
Normal atau czer
Ramai atau tidak.

Belajar mensyukuri nikmat yang ada.

Belajar untuk abaikan kata2 mereka. Mengapa perlu bersedih dengan kata2 durjana Sedangkan banyak rahmat Allah terbentang dihadapan mata. Yang kita boleh syukuri.

Sumber : Md Hanafi Ab Kadir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...