Disebalik RM117Juta Wang Yang Dirampas, 5 Perkara Ini Lebih Buatkan Aku Risau

Trending

Disebalik RM117Juta Wang Yang Dirampas, 5 Perkara Ini Lebih Buatkan Aku Risau

Baru-baru ini isu tangkapan wang rasuah yang berlaku menarik perhatian pengguna laman sosial oleh kerana ianya adalah tangkapan terbesar dalam kes SPRM setakat ini.

Advertisement

Seorang pengguna laman sosial, telah memuat naik tulisannya menyatakan ada perkara yang lebih merisaukan disebalik tangkapan wang yang bernilai jutaan ringgit. Jom baca..

Di sebalik tangkapan bernilai RM 117 juta semalam, apa yang lebih merisaukan aku adalah:

1. Hype

Orang awam selalu sangka bila ada tangkapan, hasil tagkapan dipampang depan kamera, dapat liputan luas sini sana seolah-olah kes dah selesai – SALAH!

2. Proses

Jangan ingat kes selesai. Semalam habis seluruh negara canang gambar duit dalam almari, letak gambar pegawai yang dipercayai terlibat. Kebanyakan komen berbunyi macamlah mahkamah dah jatuh hukum.

Realitinya, nama pegawai yang telibat kau akan lupa, gambar yang kau viralkan akan tenggelam dalam lipatan sejarah.

Realitinya tiada apa sangat pun yang kita nak boleh gembira. Setakat hari ini kau hanya layak kongsi gambar aja.

Proses di mahkamah belum berjalan. Kita pun tak tahu pertuduhan akan dikenakan kepada siapa. Atas pertuduhan apa, bila akan bicara dan sebagainya.

3. Peranan peguam

Bila sembang tentang mahkamah, kedua-dua pihak akan berpeluang untuk menceritakan kisah dari sudut kepentingan masing-masing.

Kau rasa orang yang makan rasuah sampai ratus juta ni, tak ada peguam nak bela? Boleh jadi di saat kau baca penulisan aku ini dah berjela lawyer tawar diri nak ambil kes ini.

Kau tahu, dengan barisan (aku teka si tertuduh akan pasang ramai peguambela) yang hebat, macam-macam mereka boleh buat.

Atas nama keadilan, peguambela akan mencari peluang untuk (antaranya):

a. Menggugurkan kes
b. Mendapatkan hukuman paling ringan
c. Apa sahaja yang boleh asalkan anak guam tak merana

Jadi kalau pun kau rasa si tertuduh patut meringkuk dalam lokap sepanjang prosedur mahkamah berlangsung, beliau akan sedaya upaya dijamin oleh pembelanya.

Tak boleh cara biasa, akan dicari jalan lain. Tak boleh keluar setiap masa, dicari celah seperti keadaan tertuduh tak sihat, tekanan emosi dan apa sahajalah yang boleh.

4. Teknikaliti

Aku harap segala proses yang SPRM buat semalam – semuanya dijalankan dengan tertib, ikut prosedur dan tiada cela.

Hal teknikaliti inilah antara celah yang peguam suka main. Benda kecil di mata kita orang biasa, dalam mahkamah boleh jadi hal besar dan beri impak pada kes.

Contoh, kalau seorang pengedar dadah dicekup, polis kumpul bukti dan masukkan dalam karung. Dalam catatan polis, tali ikat karung warna hijau, tapi dalam arkib gambar, tali ikat karung sebenarnya warna merah.

Pihak peguambela boleh isukan hal itu. Boleh ditimbulkan keraguan terhadap bukti pihak pendakwa dan yes, kalau kena caranya si pengedar dadah itu boleh terlepas hukuman dan dilepaskan. Hanya kerana warna tali ikat karung yang salah!

Jadi semalam bila ada yang gelakkan SPRM sebab dikatakan guna cara manual untuk kira wang yang dirampas – aku sebenarnya hargai kesanggupan mereka buat kerja itu walau makan masa berjam-jam.

Sebab itu aku doa sangat jangan ada kesilapan teknikal walau secebis. Kalau kena pula peguam dia kreatif, entah-entah dia boleh timbulkan keraguan di mahkamah kata si tertuduh tak tahu pun bagaimana duit berkepuk itu boleh ada dalam pejabatnya!

Itu belum masuk lagi lapis mahkamah yang boleh diguna kalau tak puas hati keputusan, kalau nak merayu dan hapa tah lagi…entah-entah masa dah jatuh hukum, kau pun dah lupa kes ini dan kau pandang ia sebagai berita biasa sahaja di akhbar.

5. Sentimen

Sebenarnya, ini yang aku paling risau. Ya ada ‘ikan jerung’ yang nampaknya sudah mula ditangkap tapi adakah ia akan merubah sentimen masyarakat kita secara umum terhadap perbuatan setaraf rasuah?

Memang ramai yang tepuk tangan bila nampak orang lain kena tangkap tapi dalam masa sama adakah kita masih lagi termasuk golongan yang telefon saudara-mara di bangunan Mara bila anak mohon masuk MRSM atau memohon pinjaman pelajaran?

Adakah kita termasuk golongan yang kata ‘aku ada kabel’ bila kawan mengadu kena saman trafik?

Atau kita jugalan orang yang guna ayat “I know your boss,” bila cuba potong barisan di kedai makan?

Tiga-tiga perilaku ini dan yang seumpama dengannya bukanlah melibatkan proses hulur duit di bawah meja atau dalam envelop tapi ia berakar daripada satu penyakit yang sama iaitu,

‘SALAH GUNA KUASA’

Ini pendapat aku. Terpulang kalau kau nak setuju atau bantah, sila nyatakan hujah di ruang di bawah.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. andalankuret.com

    January 3, 2017 at 6:06 pm

    Please let me know if you’re looking for a article
    writer for your site. You have some really great posts and I feel I would
    be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I’d really like to
    write some content for your blog in exchange for a link back to mine.
    Please send me an e-mail if interested. Kudos!