Disebalik Juara Dunia Taekwondo, Kubra Dagli Pecahkan Stereotaip Wanita Bertudung Di Turki

Trending

Disebalik Juara Dunia Taekwondo, Kubra Dagli Pecahkan Stereotaip Wanita Bertudung Di Turki

Kubra Dagli, seorang gadis berumur 20 tahun yang berasal dari Turki ini memenangi pingat emas pada Kejohanan Taekwando Dunia ke-10 yang diadakan di Peru pada Oktober 2016.

Advertisement

Ekoran pencapaiannya itu, satu sejarah besar bagi dirinya dan Turki bukan sahaja mendapat pingat emas dan di usia yang muda, malah dek penampilannya yang bertudung telah memecahkan sterotaip di Turki sekaligus membuktikan wanita bertudung juga mampu bersaing dalam segala bidang termasuklah sukan.

Wakil Turki yang membawa pulang 5 pingat emas, 4 pingat perak dan 7 pingat gangsa mendapat liputan hangat daripada media tempatan.

Namun muka Kubra lebih banyak terpapar di media massa sekaligus menjadikan dirinya menjadi bualan hangat di negara itu. Mengapa? Kerana penampilannya bertudung, dan telah mengundang pelbagai kritikan tegas serta malah menjadi sumber inspirasi rakyat Turki.

Media lantang mengkritiknya dan orang ramai turut mempersoalkan penampilannya sebagai seorang Muslim berhijab namun tidak menutup aurat secara sempurna, namun Kubra membalas :

“Mereka tidak bercakap mengenai kejayaan saya tetapi mengenai tudung saya. Saya tak nak perkara ini berlaku, kita patut membincangkan tentang kejayaan ini. Kita telah berusaha sekuatnya dan telah menaikkan nama negara sebagai juara dunia. Dan ini adalah kebanggaan bersama”

Salah satu pemodenan di Turki, wanita bertudung sering dipinggirkan dan dilihat tidak menyokong idea projek nasionalis sekular. Wanita bertudung dikaitkan dengan kemunduran sehingga membuatkan mereka berideologi sekular sukar menghadam hakikat penglibatan dan kejayaan wanita bertudung dalam bidang sukan.

Antara kritikan yang dilemparkan terhadap Kubra seperti, “Kaki tak ditutup, tetapi tutup kepala. Punggung dan peha diperlihatkan. Anda telah menarik perhatian orang ramai, apa yang bagusnya?”.

Juga seorang daripada pengkritik berkata, “Ini adalah satu penghinaan terhadap Islam dan wanita yang taat. Buang saja tudung itu,”.

Disebalik kritikan pedas orang awam, ada juga media memuji Kubra kerana mencabar sterotaip mengenai wanita dan sukan. Kubra menceburi sukan taekwando sejak berusia 13 tahun lagi dilihat memakai tudung, kecuali ketika dalam kejohanan pada tahun 2013 dimana beliau memakai bandana.

Setiap perkara kita lakukan pasti ada pengkritik. Namun, kita sahaja tahu siapa diri kita dan tujuan kita dalam hidup. Walau sekeras mana kritikan diterima dan setinggi mana kita disanjung, hanya Allah sahaja dapat menghakimi segala baik buruk kita, bukannya orang lain.

Setiap yang kurang perlu ditegur dengan berhemah dan bukannya dengan kekerasan kerana batu tidak akan lembut dengan membaling batu yang lain, tetapi menjadi berlekuk, hanya dengan titisan air yang lembut tetapi berterusan.

Sumber : Barakabits , All Monitor , SBS , Independent , iluminasi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...