Disebalik #FatShaming Dan Kenapa Perlu Elak Obesiti Dalam Kehidupan Seharian?

Trending

Disebalik #FatShaming Dan Kenapa Perlu Elak Obesiti Dalam Kehidupan Seharian?

Ingat mengingati satu sama lain adalah tugas kita bersama. Ramai yang mengamuk dengan Tweet saya ini. Saya cerita apa yang berlaku.

Sedang saya makan popiah basah semasa sarapan, di meja sebelah ada seseorang yang BMI lebih 40 akan tetapi beliau sedang makan char kuay teow dengan tanpa rasa bersalah.

Advertisement

Ramai yang berkata saya #fatshaming. Apa maksud perkataan itu pun saya tak tahu. Tak apa lah, terima & redha sahaja.

Tapi ini antara fakta yang saya tahu:

1. Rakyat Malaysia yang berumur lebih 18 tahun, 64% gemuk. Berat badan melebihi BMI 24. Hampir 1 dalam 2 iaitu 47.7% adalah obes. BMI melebihi 30.

2. Mereka ini berisiko tinggi, terutamanya Kencing Manis dan Darah Tinggi. Obesiti adalah “independent risk factor” untuk penyakit kronik buah pinggang.

3. Sebagai seorang Doktor, saya dilatih untuk melihat pesakit dari jarak jauh dahulu dan buat formulasi awal. Maksudnya, bila-bila saya diluar Hospital pun, saya terfikir macam itu.

Jadi, bila saya keluar makan, memang saya sedih sebenarnya melihat rakyat Malaysia makan makanan tak seimbang. Yang terlebih berat atau obes, makan goreng-goreng.

Makanan ini lah bahaya MasyaAllah. Kalau saya ada masa, saya akan tegur orang tersebut untuk memberi nasihat umum. Sebabnya, saya tidak mahu mereka menjadi pesakit saya satu hari nanti.

4. Saya mahu kesemua rakyat Malaysia bangkit. Ambil kesemua komen secara positif dan perbaiki diri anda. Ingat mengingati satu sama lain.

We need a drastic change.
Change needs to be quick.
Statistics are frightening.

Maaf, saya tak setuju #gemukisawesome.

Terima lah kenyataan, tengok cermin anda. Mesti ada realisasi yang anda bermasaalah. Datang ke klinik dan nyata kan hasrat murni anda untuk kuruskan badan.

Banyak program yang anda boleh sertai InsyaAllah.

Keluarkan diri anda dari belengu ini secepat mungkin!

Kredit : Dr. Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...