“Disebabkan Beri Makan Makanan Pejal Bawah 6 Bulan, Saya Hampir Kehilangan Anak”

Trending

“Disebabkan Beri Makan Makanan Pejal Bawah 6 Bulan, Saya Hampir Kehilangan Anak”

Kasihan admin melihat anak kecil ini yang mempunyai parut di perut akibat diberi makan makanan pejal oleh ibunya seawal usia 3 bulan.

Advertisement

Adik Nur Fathia Maisarah diberi makanan nestum beras oleh ibunya ketika berusia tiga bulan. Namun, di usia enam bulan, Fathia mula mengalami kesakitan.

“Saya bagi cereal (nestum beras) baby umur tiga bulan. Campur sikit susu dengan nestum, bagi anak kenyang dan tidur lama. Sebelum ini kakak dan abang dia okay sahaja, sebab itu saya bagi dia makan juga.

“Tetapi usus dia tidak dapat menerimanya. Sebab itulah jadi begini,” kata ibunya yang sedih melihat keadaan perut anaknya yang berparut akibat kesilapannya itu.

“Saya menyesal dah, tetapi menyesal kemudian tiada gunanya. Benda dah jadi. Nasib Allah masih panjangkan umur baby saya dan bagi saya peluang untuk menjaga dia. Hanya disebabkan bagi makan bawah enam bulan, saya hampir kehilangan baby saya. Saya menyebabkan dia menderita,” katanya.

Justeru, ibu Fathia memberi peringatan kepada ibu-ibu yang lain agar tidak memberi anak di bawah usia enam bulan makan makanan pejal jika tidak mahu perut bayi mereka menjadi seperti anaknya.

“Tak sedih ke tengok baby yang lahir dengan normal tiba-tiba macam tak normal, luka sana sini. Ingat ibu-ibu sekalian, kita tidak tahu bila dan dengan siapa Allah turunkan ujian. Semoga dapat menjadi pengajaran untuk ibu-ibu semua,” katanya.

Sumber : Shahrinie Othman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. Gambir Emas

    December 28, 2016 at 1:45 pm

    Allah, takziah buat ibu baby. Moga tabah menghadapi ujian dari Allah. Moga ini menjadi pengajaran kepada ibu-ibu diluar sana juga. ya lah, malang tidak berbau kan, Maybe masa kita bagi abang or kakak masa kecik dulu ok. Lepasni, kena ikut apa yang disarankan oleh doktor. Moga baby in sembuh seperti sediakala. inshaAllah. Amin