Disayangi Kerana Sikap Rendah Diri, Nora Danish Jadi ‘Anak Emas’ Pengarah Aziz M. Osman

Hiburan

Disayangi Kerana Sikap Rendah Diri, Nora Danish Jadi ‘Anak Emas’ Pengarah Aziz M. Osman

Pengarah dan penerbit filem terkenal, Aziz M. Osman berkata artis pilihan yang paling disayangi dan digemari sepanjang melibatkan diri dalam dunia seni adalah aktres Nora Danish.

Aziz menggelarkan Nora Danish sebagai artis ‘favorite’ kerana sikapnya yang sangat merendah diri dan bersahaja meskipun sudah terkenal dan popular kini.

Advertisement

Mula menempa nama dengan Aziz M. Osman menerusi drama ‘Puteri Sitkom’ ketika namanya masih baru dan belum terkenal, Nora disifatkan Aziz sebagai seorang yang tidak banyak soal dan mengada-ngada.

Senarai teratas artis paling suka bekerja adalah Nora. Saya suka bekerja dengannya sebab dia tak berkira.

Terbaru, Aziz mendedahkan bahawa dia ada menjemput Nora berlakon dalam filem Bukan Cinta Malaikat dan aktres itu tanpa banyak karenah tampil memberikan kerjasama dengan sepenuh hati.

“Bagi saya, dia masih lagi seorang Nora Danish yang simpel seperti yang saya mula-mula kenal sewaktu mengarahkan sitkom Puteri. Saya sangat senang bekerja dengan dia.” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Aziz turut menyenaraikan nama Faizal Hussein dan Kazar sebagai antara pelakon yang paling digemari dan senang untuk bekerjasama.

Dalam pada itu, pengarah filem bersiri Senario itu turut mendoakan agar para pelakon di luar sana untuk terus berkarya dan berusaha untuk menaikkan nama mereka sendiri dengan cara yang baik agar dapat kekal lama dalam industri.

3 years ago

Ditanya Mengapa Dah Lama Tak Hasilkan Filem 'Berkualiti', Ini Respon Aziz M Osman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...