“Disapa Dengan Gelaran Kakak” – Wajah Disamakan Dengan Sajat, Ramai ‘Confuse’ Pandang Banyak Kali

Kehidupan

“Disapa Dengan Gelaran Kakak” – Wajah Disamakan Dengan Sajat, Ramai ‘Confuse’ Pandang Banyak Kali

Bekas pramugara ini sering kali ditegur di tempat awam kerana wajahnya dikatakan mirip sekali dengan usahawan kosmetik kontroversi, siapa lagi kalau bukan Nur Sajat.

Menurut mStar, tuan empunya badan yang bernama Jerry Nelson John berkata teguran tentang persamaan wajah itu makin menjadi-jadi selepas dia menyimpan rambut panjang sejak tahun lalu.

Advertisement

4 years ago

Wajah Seiras, Gelagat Adik Perempuan Sajat Berlakon Di TikTok Jadi Perhatian Netizen

Kata pemuda berusia 31 tahun dari Sabah itu, dia pernah ditegur oleh kawan yang berkata wajahnya persis Sajat. Bukan setakat rakan-rakan tetapi juga di tempat awam, dia sendiri sudah lali dengan teguran yang sama.

Sudah banyak kali berlaku, bila pergi ke kedai makan, pelayan kedai pun tegur benda sama. Bila panggil untuk ambil order, mereka sapa saya dengan gelaran kakak. Dua tiga kali pandang.”

Selepas menyimpan rambut panjang dan mewarnakan rambut dengan warna perang, wajahnya dikatakan lebih obvious nampak seperti usahawan itu. Bagaimanapun, kata Jerry dia tidak terasa hati dengan teguran tersebut meskipun sudah banyak kali disamakan.

Saya jenis yang positif, tak ambil hati dengan benda macam tu. Kita pun tahu Sajat cantik orangnya.”

Terdahulu, video miming menggunakan suara Sajat yang dimuat naik oleh Jerry di TikTok mendapat perhatian sehingga ianya tular. Ramai netizen membanjiri ruangan komen di posting tersebut dan memperkatakan hal yang sama.

@adek_jambu

#BLANCohq (IG) …. kalau free laju je korang nak kahwin ? #fyp #fyp? #viral #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia #sajat

? original sound – must1ka – must1ka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...