May 4th, 2020

Sharifah Amani

Aktres tempatan Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya atau lebih mesra disapa Nani, zahir rasa teruja selepas perkongsiannya di laman Twitter disambut dengan penuh mesra pelakon Bollywood terkemuka Kajol.

Lebih menarik, Nani yang kini menjengah usia pertengahan 30an itu, seakan terkejut apabila aktres Bollywood itu menjawab soalannya berkenaan karekter yang diminati Kajol sepanjang bergelar anak seni.

“What was your most favourite character to play in your career? #AskKajol.” Tulis Nani.

Tanpa diduga, perkongsian itu mendapat maklum balas daripada Kajol.

“My most fav. character is Anjali. She’s the most like me,” balasnya.

Dalam pada itu, Nani sekali lagi membalas tweet berkenan dengan memberitahu pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai itu bahawa beliau juga menggemari karakter Anjali malah turut sama menggagumi watak Simran lakonan aktres Kajol yang kini difahamkan telah berada dalam industri hiburan lebih daripada 25 tahun.

“Anjali is one of my favourite characters of yours too. I admire Simran’s fire as well. Thank you for introducing us to all these wonderful women. I love you,” titip Nani.

Meskipun karier lakonan Nani seakan sepi kebelakangan ini, namun laman sosial Twitter pemenang Pelakon Harapan Wanita di Anugerah Festival Filem Malaysia ke-18 itu tetap meriah apabila perkongsian yang dimuat naik olehnya mendapat lebih 19,000 retweet dan 43,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan teruja dengan kiriman balas daripada isteri pelakon Ajay Devgan itu, malah aktor Syafie Naswip yang juga rakan seperjuangannya di dalam bidang seni ini seolah menyifatkan dirinya sebagai insan yang sangat bertuah.


2 responses to “Disapa Aktres Kajol, Sharifah Amani Terkejut di Twitter!”

  1. Chohkri Yulis. says:

    Aku pn rmaila artis antrabangsa reply komen aku…dia komen xkn nk kecoh 1 dunia

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...