Disangka Samseng, Remaja Tikam Polis 11 Kali Dihukum Penjara Seumur Hidup

Dunia

Disangka Samseng, Remaja Tikam Polis 11 Kali Dihukum Penjara Seumur Hidup

Dua rakyat Amerika Syarikat (AS) didapati bersalah dalam kes pembunuhan seorang anggota polis dan Mahkamah Itali telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap mereka.

Remaja lelaki yang dikenali Finnegan Lee Elder, 21, mengaku menikam Mario Cerciello Rega ketika keluar bersama rakannya, Gabriel Natale-Hjorth, 20 pada Julai 2019.

Advertisement

Pendakwa raya menyifatkan tindakan Elder yang ketika itu berusia 19 tahun sebagai ganas, serangan yang disengajakan, menikam Cerciello sebanyak 11 kali menggunakan pisau berhampiran hotel diduduki tertuduh.

Tertuduh pula mendakwa perbuatan mereka untuk melindungi diri selepas tiba-tiba diserang individu yang disangka sebagai samseng kerana urusan jual beli dadah yang tidak berjaya.

tikam polis guna pisau

Sementara itu, Hakim Marina Finiti ketika membacakan keputusan mahkamah, memutuskan kedua-dua tertuduh bersalah atas semua pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup termasuk tempoh dua bulan kurungan bersendirian selain perlu membayar kos perbicaraan.

Tertuduh hampir pengsan dan terpaksa dibawa keluar oleh pegawai keselamatan ketika peguam bela membisikkan keputusan itu kepada Elder kerana ia dibacakan dalam bahasa Itali.

Rakannya juga dijatuhkan hukuman yang sama selepas bersubahat menyembunyikan senjata pembunuhan.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...