Sangka Pelajarnya Ada Masalah Disiplin, Apa Yang Didengarnya Selepas Itu Buat Hati Guru Ini Tersentap

Trending

Sangka Pelajarnya Ada Masalah Disiplin, Apa Yang Didengarnya Selepas Itu Buat Hati Guru Ini Tersentap

Dalam zaman penuh kecanggihan hari ini, masih ada segelintir dari kita yng kurang bernasib baik. Mungkin hari ni kita boleh makan dengan kenyang, tapi ada yang masih berlapar sehingga ke malam hari.

Advertisement

Mungkin hari ni kita boleh tidur dengan lena, tapi ada yang masih tidur-tidur ayam kerana bimbangkan rumah yang takut dipukul ribut hujan lebat.

Itulah lumrah dunia.Ada yang bernasib baik ada yang tidak.

Tetapi bagi kita yang boleh menikmati semuanya dengan sempurna, tolehlah ke kiri dan ke kanan anda. Lihatlah sekeliling kita apa yang boleh kita bantu bagi golongan seperti ini.

Itulah yang terjadi pada seorang guru di salah sebuah sekolah.

Disangka pelajarnya seorang bermasalah disiplin, tetapi sebaik sahaja mendengar penjelasan dari rakan guru, dia kembali tersentap.

Lalu menunduk mengenang kesilapan diri.

Baca perkongsian guru ini yang mendapat banyak respon dari netizen di luar sana..

Dari jauh aku perhati murid ini pakai selipar lagi datang ke sekolah. Sedikit geram dan marah aku rasa. Sebab Jumaat lepas aku dah tegur, katanya kasut basah.

Hari Isnin dan Selasa pun katanya kasut basah lagi. Aku maafkan dan pesan supaya jaga kasut elok-elok. Jemur belakang peti sejuk dan letakkan surat khabar dalam kasut, pesanku.

Dia angguk saja sambil menunduk. Tapi Rabu lepas, dia masih tak pakai kasut!

Tercabar jugalah aku sebagai guru disiplin ini.

Aku dah tegur elok-elok siap bagi petua dan pesanan lagi. Tapi jika berkali-kali tidak dihirau siapa yang tak marah dan geram, ye tak?

“Aisyah, Datang sini!” Lantang dan kuat sekali aku memanggil dia.

Dari jauh nampak dia ketakutan disergah guru. Dia tahu dia bersalah. Perlahan dia datang dekat aku. Matanya memandang lantai.

“Awak dah kenapa? Dari Jumaat lepas cikgu pesan suruh pakai kasut. Setiap hari awak pakai selipar dengan alasan kasut basah. Sebelum ini memang cuaca tak menentu. Semalam tak hujan pun. Kenapa pakai selipar?” tegas aku bertanya.

Sebelum ini dah banyak kali aku berlembut. Kali ini aku kena tegas.

Dia hanya merenung lantai. Tak berani bertentang mata dengan si guru yang tengah marah. Perlahan dia menjawab,

“Kasut saya basah, cikgu.”

Aku tak dapat terima alasan itu. Sebab hari Selasa tidak hujan. Aku bagi amaran terakhir. Keras dan tegas!

********

Semalam, ada cikgu cakap kat aku Cikgu Sariza cari aku. Ada hal katanya. Kebetulan ada masa free, aku jumpa Kak Sariza di kantin.

“Fadli. Aisyah tu murid kelas akak. Kesian kat dia, duit belanja selalu tak bawa. Kasut dia pula rosak. Langsung tak boleh nak tampal dah. Sebab itu dia tak pakai kasut ke sekolah. Mak dia muallaf,” jelas Kak Sariza.

Tersentak aku mendengar penjelasan Kak Sariza.

Rupanya dia malu nak bagitahu kasut dia rosak.

Dia malu hendak meluahkan segala kesusahan yang melanda diri dan keluarganya. Rasa bersalah membuak-buak datang menyerang sanubariku.

“Tak apa kak. Saya memang nak lancar Projek Beg Sekolah, Uniform Sekolah dan Kasut Sekolah bulan ni. Untuk kegunaan murid miskin, anak yatim dan mereka yang memerlukan pada sesi persekolahan tahun depan. Saya akan masukkan dia dalam list saya,” balasku dan segera beredar keluar.

Aku cepat-cepat keluar kerana nak cari Aisyah. Setiap murid yang aku jumpa, aku kerah cari Aisyah. Kebetulan masa tu waktu rehat. Memang payah nak jumpalah.

Tidak lama kemudian, Aisyah dan adiknya datang. Mata mereka berdua tunduk memandang lantai.

Cantik budak berdua ini. Berkulit putih, bermata sepet. Maklumlah, ibunya muallaf. Pakaiannya bersih dah rapi. Baju nampak kemas bergosok, walau bukan baju baru, tapi nampak sangat terjaga sekali.

“Kenapa awak tak bagitahu cikgu kasut awak rosak?” soalku.

Dia diam. Tiada sepatah suara keluar. Mata masih memandang lantai kantin.

“Awak ada duit nak makan?”, soalku.

Geleng. Adik dia turut geleng kepala sama.

Aku keluarkan RM4 dari beg, dan bagi RM2 seorang.

“Nah, buat beli makanan. Pergi makan,” ujarku.

Dia mengangkat kepala dan memandangku dengan mata berkaca,“Terima kasih cikgu. Terima kasih.”.

Sebak aku rasa. Sangat sebak. Aku marahi dia atas nasib keluarga yang diuji Tuhan di atas sana. Dan dia redha dimarahi tanpa membuka kisah sebenar.

Walau sebak, aku tahan sekuat hati. Air mata aku telan, ramai mata menyaksikan aku bersoal jawab dengan Aisyah termasuk rakan guru.

Namun sewaktu menulis kisah ini, mata aku bergenang ?

Sewaktu dia berpaling hendak pergi, aku berpesan padanya,“Esok bawa kasut awak yang rosak tu bagi kat cikgu ya.”

Di mengangguk tanda faham dan berlalu pergi. Hilang dicelahan ratusan murid yang riuh rendah membeli makanan waktu rehat.

**********

Hari ini, sebaik sampai sekolah aku terus mencari Aisyah. Aku tarik dia ke belakang, jauh dari orang dan minta dia bagi kasut dia kat aku.

Inilah kasutnya. Aku ambil dan simpan dalam kereta. Aku nak beli kasut baru buat dia. Tak perlu tunggu tahun depan, tak perlu tunggu projek amal aku mula.

Sekolah berbaki dua bulan lagi.

Aku tak sanggup biarkan anak ini terus rasa rendah diri datang ke sekolah dengan memakai selipar. Aku tak nak dia malu nak menjawab soalan setiap guru kenapa dia berselipar setiap hari.

Dan setiap hari juga aku akan cari anak ini dan adiknya untuk beri wang belanja. Lebihan kiriman sahabat dalam Projek Kain Kapan yang lepas masih berbaki ditangan. Bolehlah aku guna untuk tujuan ini.

***********

Sewaktu dia datang jumpa aku tadi, aku perasan beg itu.

Itu beg Swan yang aku agih dalam Projek Beg Sekolah tahun lepas. Masih kukuh dan elok. Aku memang beli yang berkualiti bila nak sedekah atau hadiah apa-apa kat orang.

Projek Beg Sekolah ni aku dan ‘run’ masuk tiga tahun dah tahun ni. Cari dana, beli beg dan hadiahkan pada murid miskin, anak yatim dan mereka yang memerlukan.

Kawan dan followers lama aku memang dah maklum dan tahu.

Aku umumkan Projek Beg Sekolah, Uniform Sekolah dan Kasut Sekolah untuk golongan sasar aku buka sekarang!

Sila pm aku untuk join sama dalam projek amal kali ini. Yang dah biasa join projek amal, tak perlu pm. No acc biasalah ya.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

************

#MFS

– Demi Aisyah dan rakan-rakan senasib, cikgu akan bangkit!

Bagi netizen yang berminat untuk memberi sumbangan,boleh terus ke facebook beliau: MFS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...