Risteena Tempelak Netizen Sangka Ruhainies Hamil, ,-“Jangan Tanya Soalan Macam Orang Tak Pergi Sekolah!”

Hiburan

Risteena Tempelak Netizen Sangka Ruhainies Hamil, ,-“Jangan Tanya Soalan Macam Orang Tak Pergi Sekolah!”

Baru sahaja bergelar suami isteri, pelakon Risteena Munim dan suami, Isa Khan ada memuat naik foto kenangan sepanjang majlis perkahwinan di laman Instagram mereka sebagai perkongsian bersama peminat di luar sana.

Namun, yang lebih menarik perhatian warga maya adalah apabila ada sebuah foto memaparkan Ruhainies, adik kepada Risteena ber’posing’ seolah-olah menampakkan dirinya seperti sedang hamil.

Advertisement

Disebabkan itu, muncul pula seorang pengguna media sosial yang bertanyakan adakah pelakon genit itu kini sedang mengandung kerana melihatkan perut sedikit buncit itu.

“Pregnant ke apa tu?” tanya individu terbabit menerusi ruangan komen di hantaran foto tersebut.

Enggan mendiamkan diri, Risteena tampil ‘back up’ adiknya dan menjawab soalan individu tersebut.

Komen IG RisteenaSumber : Instagram Risteena  

Terdahulu, Risteena Munim telah selamat bergelar isteri kepada pelakon Isa Khan pada tanggal 12 Mac yang lalu di sebuah majlis ringkas bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Wilayah Persukutan Putrajaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...