Semalam menerusi media sosial milik penyanyi Farawahida, dia ada memuat naik sekeping foto yang memaparkan seolah-olah dia baru sahaja selesa menjalani majlis pertunangan bersama seorang lelaki misteri di Facebook.
Perkara tersebut telah mengejutkan banyak pihak terutamanya peminat penyanyi lagu Tanpamu ini kerana dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Shukor pada tahun 2013 yang lalu.
Namun, menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, Farawahida telah mengumumkan bahawa dia sudahpun selamat bergelar isteri buat kali kedua bersama lelaki pilihannya di sebuah masjid di Taiping, Perak, semalam.
View this post on Instagram
“Alhamdullilah, hari ini saya sah bergelar isteri kepada Zulkifli dengan sekali lafaz. Mohon kawan-kawan yang saya kasihi, doakan semoga kebahagiaan ini sampai ke Jannah. Amin.”
Sebelum ini, Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali,36, telah menimbulkan andaian dalam kalangan peminat apabila dia telah dilihat duduk di atas pelamin bersama seorang lelaki sambil berpakaian sedondon dengan kapsyen ringkas ‘Tunang’.
View this post on Instagram
Terdahulu, penyanyi wanita ini pernah bernikah kali pertama dengan bekas suami dan sejak tahun 2017 lagi, pelbagai spekulasi membabitkan rumah tanggan Farawahida bertebaran apabila dia dilihat tidak lagi memuat naik sebarang foto bersama Abdul Shukor.