Tampil cantik berhijab, pelakon Izara Aishah disangka mempunyai jenama tudungnya sendiri oleh beberapa pengguna media sosial.
Bersedia Untuk Padam Media Sosial Jika Haram, Izara Aishah Tanya Pendapat Ustazah
Ini berikutan pelakon tersebut telah mempromosikan koleksi sebuah jenama tudung terbaru daripada Shawl Publika.
View this post on Instagram
Izara atau nama sebenarnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin menjawab twit seorang warga maya yang menyangka koleksi tudung yang digayakan pelakon itu adalah daripada jenamanya sendiri.
“Lawanya koleksi tudung Izara Aishah by Shawl Publika.” tulis individu tersebut.
Enggan disalah erti, pelakon filem J Revolusi ini tampil menjawab dan menjelaskan bahawa dia hanyalah model untuk jenama tudung tersebut.
Bukan laaa hehe izara jadi model untuk diorang je. https://t.co/dmL6Ku2dlB
— Madame Izara (@IzaraAishah) September 2, 2021
Izara dalam pada itu bertegas bahawa hijrahnya itu bukanlah berniat untuk muncul dengan sebarang jenama produk tudung sendiri malah belum berhasrat untuk melancarkan koleksi pakaian miliknya sendiri.
Jual tudung bukan sesuatu yang saya nak buat. Maaf saya lebih suka membeli. Saya selalu teringin nak lancarkan jenama baju sendiri tetapi buat masa sekarang malas. Sangat sibuk menjaga nyawa kecil saya (anak) dan sudah cukup gembira dengan bisnes lain.
Terdahulu, sekitar pertengahan Ogos lalu, Izara mengejutkan peminatnya apabila tampil berhijab secara sepenuhnya dan turut memadam gambar tidak menutup aurat di Instagram.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.