Disambar Datuk A.Aida Untuk Drama Terbaru, Haqiem Rusli Anggap Peluang Kerjasama Sebagai Rezeki

Hiburan

Disambar Datuk A.Aida Untuk Drama Terbaru, Haqiem Rusli Anggap Peluang Kerjasama Sebagai Rezeki

Penyanyi Haqiem Rusli difahamkan telah ‘disambar’ penerbit terkenal, Datuk A. Aida untuk berkerjasama dalam penghasilan lagu tema untuk drama terbarunya, Bidadari Salju yang bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 pada bulan hadapan.

Bagi Haqiem, peluang kerjasama yang diberikan oleh A.Aida dianggap sebagai satu penghormatan buat dirinya yang baru dalam dunia hiburan tanah air.

Advertisement

Menurut penyanyi lagu Tergantung Sepi ini, dia bakal tampil dengan lagu berjudul ‘Dia’ dan turut bersyukur kerana proses merakamkan single ini telah dipermudahkan.

“Verse lagu ini sudah lama siap dalam dua bulan lalu. Tapi bila dapat tawaran daripada Datuk A.Aida, saya terus siapkan bahagian korus dan siap dalam masa sehari saja. Selepas siap, saya terus hantar padanya dan menghubungi Sharon Paul untuk gubahan muzik. Alhamdullilah segalanya dipermudahkan.”

Berikutan drama tersebut bakal ditayangkan pada bulan hadapan, Haqiem turut menyatakan bahawa lagu Dia ini boleh dianggap dibuat khas untuk drama itu.

View this post on Instagram

WE MADE IT QIEMILIO,EDMA. FANS PALING NGAM

A post shared by MANAGER – 0136382215 (@haqiemrusli98_) on

Haqiem turut optimis dan menganggap peluang berkerjasama dengan penerbit popular itu sebagai satu penghargaan meskipun ini merupakan kali pertama dia bersama A.Aida dalam menghasilkan melodi dan lirik.

Menganggap ianya sebagai sebuah batu loncatan untuk dirinya lebih maju dalam dunia seni, Haqiem turut mendedahkan bahawa dia akan muncul dengan lagu baru hasil kolaborasi bersama Hael Husaini dan Naim Daniel.

“Selain itu, lagu ciptaan saya yang baru keluar adalah lagu adik saya, Zali Rusli. Selepas ini ada lagu daripada Lah Ahmad berjudul Sejarah, Haziq Putra Band dan Adzrin Big Stage. Untuk penyanyi wanita, belum lagi,” – Haqiem Rusli

Sumber : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...