Usahawan kecantikan terkenal, Nur Sajat berdepan saman RM200,000 yang difailkan oleh bekas stokis Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd menerusi OWA Resources gara-gara beliau dikatakan gagal membekalkan produk bengkung dan ‘girdle’ yang sudah ditempah dan dibayar oleh stokis.
Kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu depan dan bagi berdepan saman ke atas syarikatnya, Sajat telah melantik dua orang peguam bela iaitu Siti Kasim dan Ajeet Kaur.
Ajeet menerusi portal Malaysiakini memberitahu, saman tersebut difailkan oleh dua individu.
Dalam tindakan ini Nur Sajat Aesthetic telah memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap Syakir dan Nurwati atas kerugian dan kehilangan yang dialami akibat salah laku oleh mereka. Tindakan ini belum didengar atas meritnya lagi.
Buat masa ini, pihak Nur Sajat tidak akan memberikan sebarang komen selagi kes tersebut belum melalui perbicaraan penuh.