Disaman Kerana Fitnah Macam-Macam, ‘Khairunnisa’ Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Kepada Puteri Sarah

Hiburan

Disaman Kerana Fitnah Macam-Macam, ‘Khairunnisa’ Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Kepada Puteri Sarah

Semalam, Puteri Sarah telah memfailkan notis saman fitnah kepada seorang individu yang telah membuat satu spekulasi tidak benar berkenaan tentang diri beliau serta rumah tangganya di media sosial.

Sarah memberitahu sebab dirinya mengambil tindakan sedemikian kerana ingin memberi pengajaran kepada netizen lain agar tidak sesuka hati membuat andaian tanpa mempunyai bukti yang kukuh.

Advertisement

Susulan memfailkan notis saman fitnah terbabit, terbaharu pelakon berkenaan memuat naik satu screenshot di Insta Story ayat permohonan maaf secara terbuka daripada individu yang membuat fitnah itu.

indivdiu fitnah puteri sarah minta maaf

Melalui screenshot berkenaan, individu tersebut telah menerima surat tuntutan (LOD) daripada peguam yang mewakili pelakon terbabit iaitu Natasha Basheer and Associate.

Tambahan lagi, individu itu turut sempat mendoakan agar Puteri Sarah menemui ketenangan dan kebahagian dalam dirinya setelah menempuhi segala ujian sejak kebelakangan ini.

Sekadar info, 30 Jun lalu, Puteri Sarah telah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur serta dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) susulan gangguan yang diterima olehnya daripada ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya iaitu Ira Kazar.

2 years ago

"Taknak Lepas Sebab Suami Masyuk" - Dituduh Sengaja 'Provoke' Netizen Benci Ira Kazar Tapi Taknak Cerai, Puteri Sarah Saman 'Khairunnisa'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...