Semalam, Puteri Sarah telah memfailkan notis saman fitnah kepada seorang individu yang telah membuat satu spekulasi tidak benar berkenaan tentang diri beliau serta rumah tangganya di media sosial.
Sarah memberitahu sebab dirinya mengambil tindakan sedemikian kerana ingin memberi pengajaran kepada netizen lain agar tidak sesuka hati membuat andaian tanpa mempunyai bukti yang kukuh.
View this post on Instagram
Susulan memfailkan notis saman fitnah terbabit, terbaharu pelakon berkenaan memuat naik satu screenshot di Insta Story ayat permohonan maaf secara terbuka daripada individu yang membuat fitnah itu.
Melalui screenshot berkenaan, individu tersebut telah menerima surat tuntutan (LOD) daripada peguam yang mewakili pelakon terbabit iaitu Natasha Basheer and Associate.
Tambahan lagi, individu itu turut sempat mendoakan agar Puteri Sarah menemui ketenangan dan kebahagian dalam dirinya setelah menempuhi segala ujian sejak kebelakangan ini.
Sekadar info, 30 Jun lalu, Puteri Sarah telah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur serta dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) susulan gangguan yang diterima olehnya daripada ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya iaitu Ira Kazar.