Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Disamakan Dengan Yahudi Kerana Saman Kakak Ipar, Ali Puteh Tawar RM1000 Cari Individu Lempar Fitnah Kepadanya

Ali Puteh

Pelawak Ali Puteh menzahirkan perasaan berang apabila ada seorang individu telah melemparkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap dia dan keluarganya di laman Instagram.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan,32, berkata bahawa individu tersebut tidak henti-henti menganggu di ruangan Instagram miliknya dengan menulis caci-maki termasuklah menyamakan dirinya dengan bangsa Yahudi.

Advertisement

Oleh disebabkan itu, adik kepada Allahyarham Abam Bocey ini tampil memohon pengikut media sosialnya agar mencari siapakah pemilik akaun Instagram tersebut dengan menawarkan ganjaran wang tunai kepada mereka yang berjaya mengesan individu terbabit.

“Salam jumaat, di hari Jumaat yang mulia ini sesiapa boleh bantu carikan manusia ini? Bantu saya kawan-kawan semua cari manusia ini. Maki tu makilah..tapi sampai anak saya dikatakan anak luar nikah, ini melampau! Sampai keturunan saya dikatakan yahudi! Siapa dapat info cari manusia ini, wang tunai RM1,000 saya bagi hadiah..”

Perkara tersebut dikongsikan Ali menerusi sebuah hantaran di Instagramnya sambil memaparkan tangkap layar komen yang ditulis individu tersebut.

Komen itu dipercayai ditulis susulan isu saman yang membabitkan Ali dengan kakak iparnya, Nor Hidayah yang kini sedang dalam proses mahkamah.

Advertisement

Hasil carian di Instagram mendapat akaun yang menggunakan @eidacu itu merupakan akaun palsu.

Terdahulu, pada hari Rabu lalu Ali telah mengemaskini perkembangan kes saman bersama balu Abam Bocey yang menurutnya seolah-olah punya harapan buat dia dan keluarga di sebalik konflik yang tidak berkesudahan itu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top