Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Disamakan Dengan Tukang Cuci, Chubb-E Tak Terasa Hati Dengan Azwan Ali

Baru-baru ini, pemenang Artis Baharu Lelaki Popular, Chubb-E telah disamakan dengan tukang cuci oleh pengacara sensasi, Azwan Ali ataupun lebih dikenali sebagai Diva AA dalam kalangan peminat.

Meskipun begitu, Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul AG Ashrul Affandy,21, mengakui tidak berasa hati kerana sedar dirinya baru sahaja dikenali meskipun sudah hampir tujuh tahun berada dalam industri seni.

Chubb-E berkata lagi, dia sedar ramai yang tampil mempertahankan dirinya dan merasakan apa yang dikatakan Diva AA itu sebagai keterlaluan namun dia tidak mengambil serius mengenai perkara itu.

Advertisement

“Jujur memang saya tak terasa hati langsung dan tak ambil serius walaupun ramai yang kata dia tidak sepatutnya kata macam tu pada saya. Saya dan keluarga hormat beliau kerana dia orang lama dalam industri dan jauh berpengalaman serta hebat. Jadi logiklah kalau dia tak kenal saya. Mungkin bila timbul isu macam ni, ia akan jadi salah saatu jalan untuk saya kena dia dengan lebih rapat lagi.”

Mengimbas kembali, Azwan Ali menerusi ruangan Twitter miliknya bertanyakan kepada peminat siapakah gerangan artis yang memenangi trofi Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 baru-baru ini. Dia malah menyamakan penampilan dan wajah Chubb-E seperti seorang tukang cuci.

Hanya menganggap sebagai lumrah sebagai seorang anak seni, Chubb-E tidak mahu ambil peduli dengan kecaman seperti itu namun bukan beerti dirinya sombong.

Asalkan tidak menjejaskan rezeki dan peminat masih lagi berpaling kepadanya, bekas peserta program Dansa Dan Sing ini mengakui pintu rezekinya semakin meriah dan perjalanan kariernya semakin mendapat sambutan, tidak seperti dulu.

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    November 20, 2020 at 12:38 pm

    zmn chubbe ni naik abh aku xpasang tv dekat rumah. so ktorg mmg stop membesar dgn astro ceria. tu pasai xkenai dia. tp hemsemm. cumenye tulah, zmn skg punye fanclub mmg sedikit sebanyak buat artis xdikenali jd dikenali la. abpbh ni mcm platform utk naikkan artis kesayangan dorg. but still its not an award of skill atau bakat actually. it an award of kegigihan artis tu layan fanclub die. they’re not popular seantero malaysia. they just have fanclub. pdhl yg lain lebih popiler byk je yg lebih berbakat. but dorg jenis xlayan fanclub sgt.

    husband aku siap igtkn syukri yahya yg menang sebagai pelakon drama popular. tp org lain yg menang. laki aku yg jarang tgk drama tu pon selalu nampak syukri yahya yg membanjiri drama melayu kt tv. so kenapa die xmenang? sbb fanclub die xsegigih fanclub winners. itu jer.. die sememangnye berbakat n popular. so abpbh ni award yg dipertandingkan oleh fanclub masing2. bukan depa sendiri ponn. xrelevan nak gune award ni as pencapaian diri sendiri. tp relavan sebagai pencapaian fanclub.

    fanclub boleh ditubuhkan as an official club dlm seniman. utk di authorized kan.

  2. Letopskebabom

    November 19, 2020 at 2:21 am

    Alahh dlu fattah amin pn bkn hensem pn.. Badan kurus kering mcm bdak ni jgk.. Tp tgk skrg die kt mne? Masuk list top 100 lelaki kacak dunia.. Dpt bini lawa mcm fazura lg..

  3. Anonymous

    November 18, 2020 at 3:05 pm

    sape ni? tak kenal pon.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top