Penampilan penyanyi Jaclyn Victor di minggu kelapan Gegar Vaganza musim ke-9 baru-baru ini nampaknya telah berjaya mencuri tumpuan netizen di media sosial.
Mana tidaknya, busana yang dipakai pelantun lagu Gemilang itu kelihatan pelik kerana mempunyai bonjolan di bahagian baju berwarna ungu itu.
View this post on Instagram
Ia sekaligus menjadi bahan usikan hos GV9, Nabil Ahmad yang menyamakan ia dengan punggung Kim Kardashian.
Meskipun ada netizen yang tidak berpuas hati dengan gurauan ‘kasar’ Nabil itu, namun bagi Jaclyn, dia tidak kisah malah menganggap ia sebagai sesuatu yang kelakar.
Konsep yang hendak saya ketengahkan ialah gaya Victorian, mungkin dari bahagian sisi, kelihatan seperti punggung.
Namun, saya okey sahaja dengan gurauan tersebut dan terhibur dengan lawak Nabil.
Jaclyn yang tampil memukau penonton pada malam itu telah membawa lagu berjudul Lelaki Ini nyanyian asal Anuar Zain.
Dia turut mendapat kedudukan pertama dengan markah 85 peratus daripada juri profesional.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.