Meskipun malam penentu Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sudah pun melabuhkan tirainya pada malam tadi, pastinya ada komen-komen susulan daripada penonton tidak kiralah dari segi nyanyian para finalis dan busana yang digayakan artis pada malam itu.
View this post on Instagram
Tidak lepas dari kritikan dan bahan bualan, pakaian pengacara wanita AJL35 iaitu Sherry Alhadad nampaknya menjadi tumpuan dan mengundang komen pelbagai daripada netizen.
Meninjau ruangan media sosial Twitter, gaun hitam yang digayakan Sherry pada malam itu menjadi ‘mangsa’ apabila ianya disamakan dengan plastik sampah.
Ini berikutan lebihan kain di bahagian lengan Sherry seolah-olah menyerupai plastik sampah malah ada yang mengatakan sama seperti ‘bean bag’.
“Dah kenapa Sherry punya baju tu. Dah macam bawa plastik sampah.” ujar seorang pengguna Twitter.
Mungkin tampil lain daripada yang lain, para pereka baju pastinya ingin menunjukkan elemen berbeza daripada kebiasaan, tambahan lagi apabila beraksi di pentas berprestij seperti AJL35.
Terdahulu, Sherry turut bergandingan dengan Awal Ashaari dan Haziq Hussni sebagai hos di malam AJL35 yang berlangsung pada malam tadi.
View this post on Instagram
Buat pertama kalinya, anugerah yang dinantikan semua peminat muzik itu telah bersiaran langsung tanpa kehadiran penonton kerana mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.