Disamakan Dengan Kuih Apom Dan Rahib, Busana Wany Hasrita & Aina Abdul Jadi Bahan Bualan Netizen

Hiburan

Disamakan Dengan Kuih Apom Dan Rahib, Busana Wany Hasrita & Aina Abdul Jadi Bahan Bualan Netizen

Tiba-tiba sahaja menjadi tular dan ‘trending’ di media sosial, nama penyanyi Wany Hasrita dan Aina Abdul telah menjadi bahan bualan netizen apabila busana yang dipakai kedua-dua bintang ini kelihatan lain daripada kebiasaannya.

Mereka berdua difahamkan tampil ‘unik’ ketika membuat persembahan kelayakan malam Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SAMM35) pada malam tadi.

Advertisement

Wany yang memakai busana merah jambu dan bertudung putih hasil rekaan Behati manakala Aina menggayakan persalinan hitam putih daripada Syamil Fazwan.
Menurut netizen, tudung Wany agak sedikit janggal untuk dikenakan dengan busana  merah jambunya kerana agak menyerupai pakaian mandi muslimah iaitu burkini.

Malah ada juga yang menyamakan gaya Wany pada malam itu seperti memakai lampin dan kuih apam beras serta putik kapas telinga.

Manakala bagi Aina Abdul, padanan busana hitam putih itu telah menimbulkan pelbagai idea kepada netizen dan ada di antara mereka yang menjadikan watak Valak dalam filem The Conjuring sebagai rujukan.

Walau apapun komen netizen mengenai persalinan mereka, kedua penyanyi muda ini telah masing-masing mara ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 menerusi lagu Belenggu Rindu dan Semalam yang bakal berlangsung pada 7 Februari 2021 nanti.

Tahniah diucapkan kepada semua finalis!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...