Baru-baru ini, fesyen selebriti di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH 34) menjadi bualan serta gurauan netizen di media sosial kerana keunikan serta kelainan yang ditampilkan oleh artis-artis tersebut.
Mengulas mengenai perkara tersebut, pelakon dan pengacara Sherry Al-Hadad menganggap setiap selebriti pada malam tersebut memiliki nilai estetik mereka yang tersendiri dan menyukai kreativiti yang ditampilkan.
Berhubung dengan jenaka yang dibuat oleh netizen yang menyamakan lengan busana digayakannya ketika Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) lalu dengan pakaian penyanyi, Aina Abdul pada malam tersebut.
Mengenakan busana hitam beropol-ropol di lengan, warganet menjadikan ia sebagai bahan jenaka dengan mengaitkan lengan baju Sherry itu dengan gaya Aina di karpet merah ABPBH34, yang berupa hijab gumpalan kain berbentuk bunga mawar di kepala.
Saya sendiri memandangnya sebagai gurauan daripada peminat di luar sana.
View this post on Instagram
Pelbagai fesyen menarik serta unik yang diperagakan oleh selebriti tanah air ketika melalui karpet merah bagi memeriahkan lagi anugerah berprestij tersebut.
Sekadar info, pada malam membuka tirai ABPBH 34 itu, Sherry berjaya memikul tanggungjawab sebagai hos tunggal selepas kali pertama digandingkan bersama Amy Mastura dan AG pada ABPBH 2014 yang lalu.