Disahkan Positif Dijangkiti Difteria, Suri Rumah Usia 41 Tahun Kes Pertama Libatkan Orang Dewasa Pada 2016

Trending

Disahkan Positif Dijangkiti Difteria, Suri Rumah Usia 41 Tahun Kes Pertama Libatkan Orang Dewasa Pada 2016

Seorang suri rumah berusia 41 tahun disahkan positif difteria dan ia merupakan kes pertama kes wabak tersebut yang melibatkan orang dewasa pada tahun 2016.

Advertisement

Kes itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan media di laman kpkesihatan.com.

Menurut kenyataan itu, suri rumah itu mengalami demam pada 11 Julai lalu dan mengadu tonsilnya membengkak, serak suara dan sukar menelan.

“Beliau mula mengalami demam pada 11 Julai 2016 dan mengadu tonsil membengkak, serak suara dan sukar menelan. Pesakit telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rembau pada 13 Julai 2016. 

“Beliau disyaki menghidap difteria dan dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, dan kemudiannya dimasukkan ke wad untuk isolasi serta rawatan. Keadaan pesakit adalah stabil. 

“Pada 16 Julai 2016, ujian makmal mengesahkan bahawa beliau positif difteria. Ini adalah kes sporadik (terpencil).

“Rawatan profilaksis telah diberikan kepada semua kontak pesakit ini termasuk ahli keluarga serta kakitangan kesihatan dan hospital, juga lain-lain langkah kawalan sedang dijalankan.”, tulis kenyataan terbabit.

Kes terbaru ini menjadikan angka kes difteria di Malaysia meningkat kepada 15 dimana 5 darinya telah meninggal dunia.

Noor Hisham juga turut menyeru agar ibu bapa memastikan anak-anak mereka di bawah umur 7 tahun mendapatkan imunisasi 5-serangkai yang lengkap.

Sumber : kpkesihatan.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...