Disahkan Positif COVID-19, Donald Trump Jalani Rawatan Di Hospital Tentera Walter Reed

COVID-19

Disahkan Positif COVID-19, Donald Trump Jalani Rawatan Di Hospital Tentera Walter Reed

Memaklumkan dirinya akan mula menjalani rawatan di Hospital Tentera Walter Reed, Pesiden Amerika Syarikat, Donald Trump tampil mendedahkan situasi itu kepada umum menerusi laman Twitternya selepas disahkan positif COVID-19 semalam.

Trump jalani rawatan di Hospital Tentera Walter Reed

Advertisement

Bagaimanapun, Trump memberitahu bahawa keadaannya cukup baik. Malah tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang yang tidak putus-putus memberi sokongan kepadanya dan isteri, Melania.

https://twitter.com/realdonaldtrump/status/1312158400352972800?s=21

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan yang luar biasa. Saya akan menjalani rawatan di Hospital Walter Reed. Saya rasa saya baik-baik saja. Isteri saya juga dalam keadaan baik. Terima kasih, saya amat menghargai sokongan anda,” katanya.

Terdahulu, selepas salah seorang kakitangannya, Hope Hicks dikesan positif virus tersebut, Trump khabarnya menjadi antara insan yang berisiko kepada virus itu.

Rentetan itu, beliau sendiri melalui sebuah hantaran tweet di akaun rasmi Twitter miliknya semalam sekitar jam 12.55 tengah hari waktu Malaysia tampil mengesahkan dirinya dan isteri dijangkiti wabak tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...