Tajuk artikel ini hanyalah sedikit cebisan daripada kata-kata Abby Abadi di dalam majalah Nona edisi terbaru. Abang Nara suka sangat dengan front page Nona yang mengabungkan Datin Norjuma, Abby Abadi, Natasha Hudson dan Irma Hasmie. Kempat-empat selebriti ini ada kisah masing-masing di sebalik hijrah mereka.
Izinkan Abang Nara memetik sedikit lagi kata-kata Abby Abadi yang dikeluarkan di dalam laman web Nona:-
Pada hakikatnya, diri ini tidak sekuat mana walau nampak tegas disebabkan penonton terpengaruh dengan watak anggota polis di kaca televisyen. Sebenarnya, sifat dalaman saya lemah dan ratapan meruntun kalbu sentiasa menghiasi hari saya apabila diuji oleh-Nya. Saya sering menangis di dalam kereta dan sendirian di rumah sambil mengharapkan Allah sentiasa memberikan petunjuk untuk memperoleh ketenangan yang abadi. Bila dugaan melanda, saya tak dapat baiki keadaan sebab tak tahu nak buat macam mana. Tidak dinafikan, satu ketika saya terasa sedih memikirkan kenapa semua ini berlaku pada saya. Namun setelah bangkit dari lena, saya bersyukur kerana masih berpeluang memperbaiki diri. Bagaimanapun, sekembali dari sana, saya lebih reda walau diuji. Yang pasti, setiap kali diuji, zikir istighfar sentiasa tidak pernah putus dipanjatkan. Saya sentiasa berdoa diberikan kekuatan agar tidak mengulangi kesalahan dulu. Hati penuh berbunga ingin melipat kali gandakan pahala dan mahu bersama anak untuk berziarah dan bersolat dari masjid ke masjid jika berkelapangan.
Serius hati Abang Nara terusik mendengar kata-kata daripada Abby Abadi. Anda pula bagaimana? Jangan lupa untuk dapatkan majalah Nona edisi terbaru kerana banyak info menarik di dalamnya untuk bacaan anda.