Melalui laporan Sinar Harian, dua sahabat berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang yang menjalankan misi berjalan kaki ke Mekah bagi menunaikan umrah kini sedang alami situasi cemas susulan seorang daripada mereka alami kecederaan yang serius kerana dipijak jemaah yang mahu mencium hajar aswad di Masjidilharam.
Diserbu dan dipijak jemaah ketika beribadah depan Kaabah
Disebabkan kejadian tersebut, individu yang bernama Muhammad Farhan Khadid atau mesra dikenali sebagai Acik tidak menyedarkan diri dan sedang dirawat di hospital berdekatan.
Kata rakannya pula, Shamsul Azrin Man, kejadian itu berlaku ketika berdua sedang beribadah dan berdoa di hadapan Kaabah selepas selesai menunaikan solat Isyak.
Cedera di lutut, kaki dan paha
Ribuan jemaah menyerbu untuk mencium batu suci itu dan mereka merempuh kami. Kami terpisah dan jatuh ke lantai. Acik tidak sedarkan diri akibat dirempuh, namun Alhamdulillah, seorang jemaah Arab membantu mengangkatnya dari lantai ketika dia sedang dipijak.
Kongsi Shamsul lagi, akibat kejadian tersebut, Farhan alami kecerderaan serius di bahagian lutut, kaki dan paha.
Sekadar info, Shamsul dan Farhan menjalankan misi berjalan kaki dari Bertam ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 3 Februari lalu.