Dirakam Sedang Makan Bersama Seorang Wanita, Muncul Dakwaan Ashraf Muslim Sudah Bernikah Kali Ketiga?

Hiburan

Dirakam Sedang Makan Bersama Seorang Wanita, Muncul Dakwaan Ashraf Muslim Sudah Bernikah Kali Ketiga?

Pelakon Ashraf Muslim baru-baru ini terpalit dengan satu kontroversi apabila dia dikatakan telah bernikah kali ketiga bersama seorang wanita.

Desas desus itu mula tercetus apabila tularnya satu video memaparkan pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu sedang makan di restoran bersama seorang wanita dan lelaki berkongsi meja yang sama.

Advertisement

Makan semeja bersama seorang wanita dan lelaki

Dalam ruangan komen video tersebut, ada netizen mendakwa wanita tersebut adalah isteri ketiga pelakon berusia 42 tahun itu.

Malah, ada yang berani meninggalkan komen menuduh secara terang-terangan yang mengatakan wanita itu mempunyai hubungan dengan aktor tersebut.

Syarikat penerbitan tampil menafikan khabar angin

Namun begitu, spekulasi berkahwin kali ketiga itu kemudiannya dinafikan sebuah syarikat penerbitan dan memaklumkan wanita tersebut tiada hubungan peribadi dengan Ashraf dan kedua-duanya terbabit dalam produksi yang sama.

Wakil syarikat penerbitan itu juga meminta orang ramai untuk berhenti membuat tuduhan melulu terhadap Ashraf dan wanita tersebut hanya kerana dirakam makan semeja.

Sekadar info, Ashraf mendirikan rumah tangga bersama isteri pertama, Noor Dayana pada 24 September 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Aktor itu kemudian bernikah kali kedua bersama isteri, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan tiga orang anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuhada ex hafidz
3 months ago

"Umar, Humairah, Kita Ada Tiga Orang Je.." - Pesanan Shuhada Buat Anak-Anak Bikin Netizen Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...