Baru-baru ini, VIVO Malaysia melancarkan satu filem pendek bertajuk Shout It Out yang memaparkan perjalanan seorang gadis Malaysia yang kurang upaya mencapai impiannya menjadi seorang atlet karate negara.
Filem pendek berdurasi 9 minit 30 dibawah arahan Mallory Lee ini dirakam sepenuhnya menggunakan Vivo X70 Pro, telefon pintar perdana fotografi profesional dengan teknologi pengimejan mudah alih termaju yang direka bersama ZEISS.
Dalam pada itu, kisah ini diinspirasikan dari kisah benar seorang gadis bernama Siti dilakonkan oleh Nurizyan Hishammuddin yang berjuang untuk berjaya dalam bidang karate serta mahu mewakili Malaysia dalam pertandingan kejohanan antarabangsa.
Cerita ini dimulakan dengan Siti ketika kecil memulakan kerjayanya untuk menjadi atlet karate negara dan beliau dibimbing oleh seorang jurulatih karate, lakonan Seelan Manoheran yang percaya dengan kebolehannya.
Berlatar belakang dengan adegan yang penuh cabaran dalam kehidupan, filem ini turut menyerlahkan keazaman Siti dengan bimbingan gurunya yang tidak berputus asa ingin membawa dia ke pentas dunia sebagai seorang atlet negara.
Menurut Pengurus Jenama Vivo Malaysia pula, dari segi rakaman videografi dan fotografi, Vivo X70 Pro dapat menawarkan kemampuan yang sangat luar biasa dalam menangkap intipati serta emosi yang dilakonkan oleh pelakon.
Dalam pada masa yang sama, Mallory berpendapat merakam filem pendek menggunakan X70 Pro tidak sukar tetapi cabaran buatnya bila beliau perlu mengkaji sifat kamera telefon pintar ini yang lebih teknikal dari segi pencahayaan.
Filem pendek Shout It Out ini boleh didapati dan ditonton di laman YouTube rasmi Vivo Malaysia.