Diraikan Rakan-Rakan Dalam ‘Bachelorette Party’, Nabila Razali Bakal Nikah 13 November Ini?

Hiburan

Diraikan Rakan-Rakan Dalam ‘Bachelorette Party’, Nabila Razali Bakal Nikah 13 November Ini?

Meskipun sebelum ini tidak pernah mengesahkan dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani namun ramai yang masih berminat dengan cerita cinta penyanyi Nabila Razali.

Sejak berita pertunangan itu tular, ramai warganet terutamanya peminat penyanyi itu mendoakan agar semua rancangan perkahwinan dipermudah untuknya dan encik tunang.

Advertisement

nabila

Terbaru, hantaran sebuah akaun mempamerkan seorang pereka fesyen menyiapkan busana pengantin yang sudah pun selesai dan hanya menunggu hari bahagia sahaja, dipercayai untuk pelantun lagu Peluang Kedua itu.

Malah, beberapa minggu lepas pula penyanyi yang mesra dengan panggilan Bella itu dikatakan telah diraikan oleh rakan rapatnya dalam acara ‘hens party’ yang turut dikongsi oleh seorang selebriti di Instagram story.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

Katanya, ada yang membuat tekaan bahawa Bella akan melangsungkan perkahwinan pada 13 November akan datang, sempena dengan ulang tahun yang ke-31 penyanyi berkenaan.

Tak tahulah betul atau tidak tetapi kalau betul semoga semuanya berjalan lancar  untuk Bella dan pasangan seperti yang dirancang.

nabila razali
8 months ago

Digosip Sudah Bertunang, Nabila Razali Akhirnya Bersuara - "Cincin Ini Hanya Aksesori, Tak Perlu Dipersoal"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...